Kelebihan Jasa Pack Untuk Guru


Baru-baru ini Telekom Malaysia telah mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran berkaitan pemberian pelan khas kepada guru melalui pelan Jasa Pack. Mungkin ada yang masih terfikir apa kelebihan Jasa Pack ini dan apa kelebihan serta kekurangan melanggan pelan khas kepada warga pendidik ini.

Kelebihan Jasa Pack

Seperti yang disebarkan, pelan Jasa Pack ini menawarkan tanpa had untuk internet, panggilan dan SMS. Apa yang menarik, tawaran ini hanya memerlukan bayaran bulanan RM 59. Tawaran ini dilihat berbaloi kerana pakej unlimited untuk internet, cal dan sms ini jarang sekali dapat dinikmati dan kadangkala ia memerlukan bayaran bulanan yang tinggi.

Kredit Foto : Tm.com.my

Pelan ini mempunyai syarat tersendiri dan syarat paling nyata adalah memerlukan penegsahan sebagai warga pendidik. Terdapat juga syarat lain untuk mendapat plan ini iaitu mestilah turut melanggan pakej Unifi atau Pre Unifi ( Streamyx ). Pemohon juga perlu membawa surat pengesahan rasmi dari pengetua/ guru besar atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Perbandingan Kebaikan dan Keburukan

Kelebihan
  • Unlimited Internet
  • Unlimited Call
  • Unlimited SMS

Kelemahan

Kebanyakan pengguna laman sosial banyak memberikan komen berkaitan harga yang mahal. Hal ini kerana, walupun Pelan Jasa Pack ini menuntut komitmen bulanan RM 59 tetapi untuk syarat memohon perlulah turut sama melanggan salah satu antara pakej-pakej Unifi lain.

Sebagai contoh pengiraan pengguna yang menggunakan Jasa Pack dan salah satu pakej unifi seperti Streamyx akan perlu membayar bulanan seperti berikut :

Anggaran harga : streamyx RM 110 + Jasa Pack RM 59 = RM 169

Oleh kerana itu, pembayaran bulanan masih dilihat mahal walaupun bayaran untuk Jasa Pack adalah murah tetapi oleh kerana syarat mestilah melanggan pakaej lain unifi menyebabkan komitmen bulanan jadi tinggi.

Pilihan ditangan anda

Sebenarnya setiap orang ada alasan dan keperluan penggunaan tersendiri. Ada yang menganggap internet unlimited melebihi RM 150 ini mahal dan ada juga yang sanggup kerana mahukan segalanya tanpa had. Sumber 

0 comment... add one now