Apa Kegunaan Battery Conservation Mode

Teknologi terkini banyak memberi kelebihan dan kebaikan pada komputer kita. Mungkin ada yang pernah terlihat fungsi Battery Conservation Mode ini. Pernah kita terfikir apa kegunaan Conservation Mode ini? Huraian ringkas ini mungkin memberi sedikit gambaran apa itu conservation mode yang ada pada komputer anda.

Terlebih dahulu anda perlu tahu fungsi conservation mode ini kebanyakannya ada pada komputer baru dan mempunyai battery seperti laptop. Asasnya Conservation Mode ini adalah aplikasi yang memberi kesan kepada sistem pengecasan battery laptop anda. Sifat battery laptop akan sentiasa menerima cas apabila kita mengecas dengan elektrik. Jika penuh ia kemungkinan akan berlaku lebihan jika kita tidak menutup cas tersebut setelah penuh.

Bagi pengguna yang gemar menggunakan laptop dengan sentiasa mengecas pastinya boleh mengakibatkan laptop terlebih cas apabila penuh. Satu aplikasi terutama dalam komputer terkini seperti keluaran terbaru lenovo ada mempunyai fungsi ini. Fungsi ini jika di ON akan menghadkan pengecasan hanya pada 50-60% battery. Selebihnya jika masih dipasang akan berhenti atau masuk dengan kadar perlahan. Keadaan ini boleh memanjangkan hayat battery. Namun demikian, penggunaan Conservation Mode ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri :

Kelebihan


  • Memanjangkan hayat battery
  • Mengurangkan suhu battery
  • Laptop tidak off walaupun elektrik off

Kekurangan

  • Cas sedikit hanya 50-60%
  •  Jika tidak guna elektrik, kuasa battery tidak lama kerana tidak cas penuh

Dimana Fungsi Conservation Mode

Kebiasaanya fungsi ini ada pada setting, jika leptop lenovo ia ada pada Start menu – Lenovo Setting – ( klik pada logo battery )

Oleh kerana ia cas hanya pada 50% jika komputer tidak menggunakan elektrik masa on laptop akan tidak lama berbanding jika dapat di cas 100%. Sebenarnya penggunaan laptop adalah mengikut keperluan pengguna. Cadangan kami, sekiranya ingin travel jauh, fungsi conservation mode perlu di off dan laptop perlu di cas 100% ( pastikan Off elektrik jika penuh ). Jika penggunaan dipejabat sentiasa menggunakan elektrik perlulah ON Conservation Mode untuk menjaga kesihatan battery.


0 comment... add one now