Permainan Baru Battle Bay Untuk Pengguna Android

Satu yang menarik untuk dikongsi, satu permainan baru dari Rovio akan dilancarkan. Permainan tersebut diberi nama sebagai Battle Bay. Sebelum itu, mungkin pernah kita lihat nama Rovio sebelum ini, sebenarnya Rovio adalah pembangun permainan online sebelum ini untuk permainan popular seperti  Angry Birds.


Pastinya permainan online keluaran rovio ini dinantkan kerana kemungkinan ia menjanjikan kualiti paparan serta rangka permainan yang lebih menarik. Kehadiran Battle bay ini mungkin ditunggu oleh peminat pemainan online. Battle bay ialah pemainan online berkongsepkan perang dengan rakan lain secara online. Setiap pemain perlu mempunyai kapal perang sendiri serta senjata kapal perang perlulah canggih untuk berlawan dengan rakan lain secara online. Sudah pasti untuk memenangi setiap perlawanan perlulah mempunyai kapal dan senjata yang canggih.


Untuk memastikan kapal dan senjata yang canggih, pemain perlulah menaiktaraf kapal dan senjata mereka melalui ganjaran dari pengalaman mengalahkan pasukan lain dan tawaran lain. Setiap pasukan memerlukan lima pemain, setiap permainan mengambil masa 3-5 minit. Bagi yang berminat bolehlah mula muat turun mulai 4 Mei ini.

Muat Turun Battle Bay Android

Muat Turun Battle Bay iOS

0 comment... add one now