Peringatan SKMM Kepada Admin Group Aplikasi Mesej Sosial

Mentadbir group aplikasi mesej sosial  bukanlah mudah seperti yang disangka. Media sosial seperti facebook, WhatsApp, telegram dan banyak lagi aplikasi kini membolehkan pengguna menubuhkan group untuk memudahkan urusan berkumpulan. Banyak kelebihan penubuhan group ini, walaubagaimanapun demikian ia juga mempunyai kelemahan tersendiri seperti penyebaran fitnah atau maklumat penipuan. Perkara negatif ini perlu dibendung melalui pemantauan berterusan dari admin yang menubuhkan group tersebut. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM telah mengeluarkan garis panduaan apa yang perlu dan pencegahan yang perlu admin lakukan dalam mentadbir group yang ditubuhkan.

Menurut SKMM dibawah adalah maklumat yang PATUT dilakukan oleh Pentadbir Group ;
  1.   Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan samada peraturan asas diperlukan
  2. Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform.
  3.  Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.
  4. Sentiasa semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.
  5. Mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.
  6. Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan.

Pada masa yang sama, pentadbir kumpulan perlulah mengelak daripada:
  1. Menjadi pentadbir yang tidak aktif/senyap.
  2. Melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (contohnya Facebook, WhatsApp, Telegram)
  3.  Menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.
  4. Membenarkan perbincangan keluar daripada topik.
  5. Takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.
  6. Menganggu / menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.



Sumber : SKMM

0 comment... add one now