Cari Kerja Dengan Google Hire dari Google

Dunia kerjaya semakin luas dengan permohonan pekerjaan lebih terbuka. Tahukan anda mungkin Google akan mengeluarkan Google Hire. Jika dahulu mungkin boleh disenaraikan penawaran kerja tetapi kini penawaran pekerjaan telah berubah dengan kepelbagaian jawatan dan tawaran. Idea melaksanakan sistem berpusat iaitu menjodohkan majikan dan pencari kerja amat sesuai kini kerana ia banyak membantu 2 golongan ini mencapai tujuan masing-masing. Oleh itu satu sistem perlu diguna untuk menjadi orang tengah dalam menjodohkan mereka. 


Banyak laman web yang berperanan sebagai penjodoh pekerjaan ini, apa yang menarik kemungkinan google sendiri akan turut sama menawarkan portal khusus untuk pencarian pekerjaan iaitu Google Hire. Menurut sumber ia kemungkinan dilancarkan tetapi masih belum pasti bila ia akan mula dilancarkan.

Secara umum, boleh digambarkan ia akan memudahkan majikan menerima permohonan kerja secara atas-talian, sementara untuk pemohon pula mereka boleh memohon dan memilih informasi apa yang ingin ditawarkan.


Sama-sama kita nantikan dan pastinya ia lebih berguna kepada pencari pekerjaan kerana jika dari google pastinya pasaran lebih luas dan lebih banyak peluang pekerjaan di serata dunia.

0 comment... add one now