Cara Tukar Skala Pengukuran lain di Microsoft Word 2007

Software Microsoft word 2007 agak lama digunakan sebelum ini, namun demikian ia masih digunakan kini dan diterima pakai oleh mereka yang dah biasa dengan fungsi yang tersedia. Walaupun paparan MS word 2007 ini agak lama, namun demikian ia mudah digunakan bagi golongan yag telah terbiasa menggunakan software ini.

Umum mengetahui MS Word ini salah satu perisian penting untuk menaip dan membuat kerja-kerja dokumen seperti surat dan kertas kerja. Kebolehan ms Word juga bukan sahaja untuk tugas menaip tetapi ia juga mempunyai kebolehan meletakkan gambar, melukis dan banyak lagi.

Perkara yang jarang berlaku, kadangkala anda ingin mengubah skala pengukuran msword. Kebiasanya pengubahsuaian skala ini perlu untuk menyamakan saiz dalam komputer dengan kehendak sebenar setelah dicetak. Kebiasannya ia perlu diubah untuk proses membuat dokumen seperti kad, buku dan banyak lagi.

Proses setting ini akan jadi masalah sekiranya skala dalam komputer tidak disamakan dengan realiti sebenar. Oleh demikian, perlu untuk kita ubah skala ukuran di word komputer kita.

Cara mengubah Skala di Microsoft Word 2007


  1. Buka  ms word 2007 Anda
  2.  Klik logo menu bulat (office button) di sebelah kiri atas ( Rujuk Gambar 1 )
  3.  Pilih word options di bahagian bawah kanan dan pilihlah advanced
  4. Scroll kebawah dan pilih skala anda di Style Area Pane Width in Draft and online views
  5.  Selesai





Pastikan anda memilih skala yang sama dengan saiz sebenar realiti supaya ukuran kertas yang anda guna ketika menaip sama apabila di cetak nanti.

0 comment... add one now