5 Aplikasi Google Yang Berguna Untuk Dicuba

Kebiasaanya kita akan menggunakan google untuk membuat carian. Sebenarnya kita hanya menggunakan salah satu dari kemudahan google iaitu google search. Sebenarnya ada banyak lagi aplikasi yang disediakan google mungkin berguna untuk anda. Berikut kami kenalkan 5 Aplikasi google yang baik untuk anda cuba.

Gmailify

Menggunakan email merupakan perkara biasa setiap orang, tetapi bagaimana pula jika anda mempunyai banyak akaun email? Kebiasannya anda perlu login banyak kali untuk masuk ke email yang berbeza, Gmailify adalah kemudahan untuk anda mengurus banyak email dengan satu aplikasi. Ia memudahkan anda bila mudah melihat inbox setiap email.

Google translate

Tidak semua bahasa di dunia ini kita faham, aplikasi ini sangat berguna jika kita melancong. Mungkin biasa anda gunakan aplikasi ini untuk translate bahasa lain. Kebanyakan akan menaip pada aplikasi dan translate. Tahukah anda ia juga boleh digunakan hanya dengan menangkap gambar perkataan yang ingin kita terjemahkan. Ini penting sebab kebanyakan bahasa menggunakan huruf-huruf yang berbeza untuk anda taip.

Google trends

Jika anda jenis yang suka mengikuti perkembangan semasa, aplikasi google trends sangat sesuai untuk anda. Melalui aplikasi ini, anda dengan mudah mengetahui topik terhangat semasa dan mengikut masa yang anda tetapkan. Pastinya anda tidak mudah ketiggalan terutama isu penting.

Google Shopping

Anda minat membeli belah? Mungkin anda boleh cuba google shopping. Pastikan anda juga pandai membanding harga dan maklum kos penghantaran untuk membuat pembelian.

Build With Chrome


Aplikasi ini lebih kepada hiburan dalam masa sama memberikan input positif pada pengguna terutama meningkatkan lagi kreativiti. Aplikasi ini memberi anda peluang untuk membina sendiri model daripada lego.

0 comment... add one now