Semakan E Penyata Gaji Kakitangan Awam

Kakitangan Awam pastinya perlu kenal e-penyata gaji,  Sistem ini diwujudkan khas bagi membantu dalam pengurusan lebih jelas berkaitan laporan pembayaran gaji kakitangan awam melalui slip gaji yang disediakan secara online.  Sebelum ini slip gaji ini diberikan melalui jabatan masing-masing dan mempunyai kelemahan tersendiri seperti lambat sampai, hilang dan menggunakan kertas yang direka khas.
Perlaksanaan e-penyata gaji ini lebih mudah tetapi ia perlu di cetak sendiri oleh pengguna. Cara ini lebih cekap kerana ia lebih pantas dan tidak melibatkan kos pencetakan. Slip gaji pula  tidak semua penyata gaji yang perlu di print oleh pengguna. Pada asasnya sistem ini hanya memaklumkan maklumat terperinci gaji setiap individu tetapi ia tidak melibatkan pengeluaran duit gaji. Pembayaran gaji hanya dilakukan melalui akau bank individu masing-masing.

Untuk pengetahuan, slip gaji ini bermanfaat untuk tujuan-tujuan seperti :
  • Perbandingan kenaikan
  • Semakan penyata bulanan
  • Rujukan dan perancangan kewangan individu
  • Permohonan penjawatan
  •  Permohonan kerja
  • Permohonan pinjaman

Cara daftar e-penyata gaji

Sekiranya anda kali pertama menggunakan sistem, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Ia berlaku kepada kakitangan awam yang baru bekerja kerana data yang ada dalam sistem belum diaktifkan. Pengaktifan boleh dibuat dengan pendaftaran kali pertama.

Untuk mendaftar kali pertama, anda perlu ke https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx , klik pada pertama kali mendaftar ( bulatan oren )



Isikan maklumat yang diminta termasuk no telefon dan alamat email yang aktif untuk tujuan keselamatan.

Semakan Penyata e-penyata gaji

Setelah pendaftaran dibuat anda bolehlah menggunakan sistem e penyata gaji tersebut. Untuk membuat semakan terlebih dahulu anda perlu daftar jika pengguna pertama, Bagi penguna berulang bolehlah terus ke https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan

Klik pada penyata gaji sendiri ( Bulatan merah ) jika anda ingin melihat penyata gaji anda bulan semasa.
Klik pada penyata pendapatan tahunan sendiri ( Bulatan biru )jika anda ingin melihat pendapatan anda keseluruhan tahunan semasa.

Melalui sistem, anda boleh memilih bulan dan tahun slip penyata gaji yang ingin anda muat turun. Slip gaji disediakan dalam bentul PDF dan perlu dimuat turun. Untuk lihat file yang dimuat turun perlulah mempunyai perisian yang membaca file pdf seperti adobe reader. Walaubagaimanapun browser terkini juga berkeupayaan membaca file pdf.

0 comment... add one now