Cara Membuat Game Sendiri di Komputer

Game online adalah salah satu permainan masa kini, sebenarnya ada cara membuat game di komputer dan ianya anda boleh buat sendiri. Untuk mempermudahkan anda, anda perlu menggunakan aplikasi mudah untuk membuat game sendiri. Untuk itu, kami kenalkan anda 5 aplikasi membuat game yang mungkin membantu anda membangunkan game anda sendiri.

Aplikasi membuat game sendiri

Unity
Aplikasi dari unity ini lebih menarik tetapi agak sukar kerana ia membolehkan penciptaan game berbentuk 3D. Walaubagaimanapun ia masih tidak terlalu sukar kerana ia tidak sangat memerlukan coding.

GameMaker: Studio
Aplikasi pc canggih ini juga tidak memerlukan coding dalam membuat game. Hasil akhir, kita akan dapat publish game yang dibuat dengan export ke android, HTML, iOS, dan banyak lagi. Walaubagaimanapun versi biasanya hanya membolehkan publish ke windows sahaja.

Construct 2
Aplikasi pembuat game terbaik ialah software Construct 2, walaupun ianya grafik biasa, tetapi ia bergantung pada kreativiti pembuat dan idea pembuat game. Aplikasi  pembangunan game pc ini dilengkapi dengan GUI yang sangat baik. Jadi kita tidak perlu melakukan coding, hanya tinggal melakukan drag-and-drop. Kelebihan software pembangunan game ini boleh di publish ke  pelbagai versi (HTML5, Facebook, Chrome Web Store, maupun Windows Store).

Godot Game Engine
Godot game engine mempunyai  banyak kelebihan dari aplikasi pembuat game lain iaitu dapat membuat game 3D, dan banyak lagi kelebihannya

Unreal Engine 4
Aplikasi ini sangat sesuai untuk yang baru berjinak dengan pembangunan game ini. Hal ini kerana ia dilihat mudah dan pastinya tidak memerlukan coding dalam pembangunan web.

Kesimpulan


Sebenarnya ada banyak lagi pilihan aplikasi pembuat game, namun demikian ia bergantung pada kesesuaian dan idea kreativiti pembuat game. Untuk makluman bagi yang baru, proses coding adalah satu proses yang agak sukar bagi yang baru kerana ia melibatkan bahasa pengaturcaraan. Jika pandai membuat coding menjadi kelebihan kerana mampu membuat sesuatu idea yang unik. Namun demikian, memeilih aplikasi yang tidak memerlukan coding menjadi pilihan kerana ia menjimatkan masa.

0 comment... add one now