Bagaimana Memilih External Hard Disk Yang Terbaik

External Hard Disk memang penting untuk kegunaan pelajar atau pekerja yang banyak menyimpan data. External Hard Disk yang sesuai dan terbaik perlulah menjadi kelengkapan tambahan untuk menyimpan fail serta data kerja-kerja seharian . External Hard Disk ini adalah satu peranti yang berkeupayaan menyimpan data yang lebih banyak serta ia boleh dibawa ke mana sahaja kerana ia sama seperti hard disk komputer anda tetapi bezanya ia di luar dari komputer dan ianya boleh dicabut dan dibawa kemana sahaja. Fungsinya sama dengan pendrive dan alat penyimpanan lain, namun demikian ia lebih mempunyai keupayaan penyimpanan lebih kerana saiz fizikalnya lebih besar.


Sebenarnya ada banyak pilihan hard disk di pasaran kerana persaingan. Kebiasaanya ramai yang cenderung untuk memeilih hard disk yang murah. Memilih hard disk yang murah juga berbaloi sekiranya menepati ciri-ciri hard disk yang moden dan teknologi tinggi. Penulisan kali ini, kita bincangkan bagaimana untuk memilih hard disk yang terbaik.


Jenis USB/ Thunderbolt

Hard disk ini mempunyai keupayaan menyimpan saiz file yang besar, oleh demikian perlu juga kadar pemindahan file dari peranti lain ke hard disk juga laju. Jika kapasiti besar tetapi pemindahan perlahan juga menyusahkan pengguna. Sebelum ini penggunaan sambunga USB 2.0 adalah penggunaan biasa setelah sekian lama. Untuk itu anda bleh memilih untuk menggunakan kelajuan USB 3.0 ( 640 MB/s ) sebenarnya ia adalah sambungan berganda lebih laju berbanding USB 2.0 (~ 60 MB/s ). Jika anda mahukan lebih kelajuan, anda juga boleh memilih Thunderbolt 3.0 dengan menggunakan port fizikal USB 3.1 Type C. Sebenarnya sambungan ini mempunyai kelajuan pemindahan fail terpantas setakat ini iaitu 4.0GB/s. Perlu anda tahu, anda tidak boleh menaiktaraf kalajuan peranti anda secara software kerana semua pilihan kelajuan melibatkan kabel dan peranti sendiri yang perlu ditukar. Kabel pada external hardisk juga perlu sama dengan port komputer anda untuk menghasilkan  kelajuan yang diinginkan.

Sistem fail yang digunakan

Windows menggunakan format NTFS (New Technology File System) dan FAT32 (File Allocation Table), manakala macOS pula menggunakan format HFS dan HFS Plus (Hierarchichal File System). Hari ini anda tidak perlu terlalu risau mengenai perkara ini kerana sistem-sistem operasi moden, termasuklah Windows 7, 8, 10, MacOSX dan juga Linux semuanya boleh membaca format exFAT.

Anda perlu memilih exFAT semasa anda format exernal hard disk anda, exFAT merupakan sistem fail yang cukup ringkas, menyokong semua sistem operasi moden, dan tidak mempunyai had saiz sesuatu fail pada 4GB yang dihadapi FAT32. Jika anda hendak membeli external hard disk, anda boleh bertanya sistem fail yang digunakan. Kebiasaannya, jika anda membeli peranti storan untuk MacOS, ia akan sedia dilengkapi dengan sistem fail exFAT, tetapi jika ianya dikhususkan untuk system operasi Windows, ada kemungkinan ia akan hadir dengan sistem fail NTFS.

Kesimpulan


Sebenarnya ada banyak lagi perkara penting dalam memilih external hard disk ini. Namun demikian asasnya kita perlu memikirkan tentang saiz data yang dapat disimpan. Semakin tinggi saiz data simpanan semakin ia berharga. Namun demikian kita juga perlu memilih kelajuan tinggi dan juga memilih sistem fail yang terkini supaya pemindahan data lebih lancar dan tidak membuang masa anda. 

0 comment... add one now