Aplikasi Sambung Smartphone ke PC Tanpa Kabel

Jika sebelum ini, kita memerlukan kabel wayar untuk sambungkan PC. Sebenarnya ada cara untuk sambung smartphone anda ke PC tanpa perlu menggunakan kabel. Umum menghadapi masalah bila ingin pindahkan file dari smartphone ke PC, masalah yang selalu timbul ialah kehilangan kabel penyambung atau kabel rosak. Kabel penghubung pc dan smartphone sangat penting kerana ia sebagai perantara pemindahan data dari satu peranti ke peranti lain. Teknologi kini wayar penyambung tidak lagi diperlukan. Terdapat 5 aplikasi yang boleh menyambungkan Smrtphone anda ke PC tanpa memerlukan kabel.


Cortana

Aplikasi ini  berfungsi dengan membuatkan semua nortifikasi yang anda terima turut sama dipaparkan ke PC. Untuk mengunakan aplikasi ini, anda perlu menggunakan Windows 10 Anniversary update. Fungsi lain ia juga dapat mengawal smartphone melalui komputer dengan arahan suara.

Pushbullet


Pishbullet membolehkan anda megakses semua nortifikasi atau pemberitahuan di smartphone anda dan keluarkan paparannya di PC/laptop. Aplikasi ini menjalankan sync untuk data seperti aktiviti menghantar gambar, file, list, catatan dan alamat pada google Maps. Aplikasi ini memindahkan file dan data dengan cepat dan mudah.

Space desk

Jika anda ingin lebih paparan di desktop, anda boleh mencuba space desk, jika tidak mempunyai monitor tambahan anda juga boleh menghubungkan HP android anda.
Chrome remote dektop
Sekiranya anda berada diluar rumah atau pejabat, anda juga boleh menggunakan aplikasi ini. Chrome Remote Desktop merupakan aplikasi yang membolehkan anda mengakses Komputer dengan smartphone melalui jarak jauh.

Microsoft remote desktop

Aplikasi ini juga mempunyai fungsi yang seakan sama, ia juga menghubungkan akases terus ke PC/laptop anda dengan menggunakan aplikasi android atau iOS.

Kesimpulan


Untuk mencari aplikasi yang kami bincangkan, gunakan tajuk aplikasi sebagai carian anda di gogle dan play store. Teknologi semakin canggih dan sampai masanya anda memilih untuk gunakan fungsi tanpa wayar. Ia memberi kemudahan kepada pengguna kerana ia lebih ringkas, cepat dan mudah.

0 comment... add one now