Game Baru Supercell Kemungkinan Tidak Dikeluarkan 2017

Mungkin ramai yang menunggu game baru dari Supercell, nama Supercell ini memang tidak asing bagi peminat game di gajet terkini. Supercell ini terkenal melalui siri game ciptaan mereka yang mendapat sambutan hangat pengguna seperti Clash of Clans, Clash Royale, Hay day dan Boom Beach. Boleh dikatan 2 dari game ciptaan mereka mendapat sambutan hangat sehinggakan ada pengguna yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk membeli germ yang ditawarkan.


Populariti dari Supercell ini membuatkan pengguna tertunggu-tunggu game baru dari mereka supaya menjadi terawal aktif hingga kemungkinan boleh menjana pendapatan bagi sesetengah pengguna yang minat untuk meneroka bagaimana untuk membuat jualan digital. Selain itu juga menjadi orang terawal permainan popular menjadi kelebihan kerana mendapat kepuasan tersendiri peminat game ini.


Keterujaan itu mungkin terhenti seketika kerana menurut sumber Supercell kemungkinan akan tidak mengeluarkan game baru tahun 2017 ini. Menurut Reuters, Supercell mungkin akan mengubah permainan berkonsep baru tahun ini di beberapa buah negara terpilih. 

Jika ia benar berlaku, kerja-kerja ini akan membuatkan permainan baru tidak akan keluar untuk tahun ini. Kemungkinan Supercell akan membuat ciri baru dari permainanya. Jika dilihat versi-versi permaian mereka sebelum ini mempunyai grafik seakan sama walaupun pelbagai watak. Kemungkinan 2018 nanti konsep baru akan dikeluarkan dan memberi kelainan tersendiri. Buat sementara ini, Supercell akan fokus kepada tambahan fungsi permaian sedia ada. Sumber :  REUTERS

0 comment... add one now