Cara Pantau Penggunaan Laptop Anak-anak

Anak-anak sekarang ini mudah menunjukkan minat menggunakan laptop. Tahukah anda kita perlu pantau penggunaan laptop anak-anak. Kenapa perlu pantau? Sebenarnya dalam laptop mempunyai banyak perkara positif dan juga negatifnya. Perkara negatif kepada anak yang selalu menjadi masalah ialah :
  • Penggunaan terlalu lama sehingga menggangu aktiviti harian
  • Menjalankan aplikasi yang tidak berfaedah
  • Melihat video yang tidak memberi faedah
  • Menggangu fail penting termasuk menghapus dan memindah tanpa pengetahuan
  • Merosakkan fail

Cara Pantau Pengguanaan Laptop Anak-anak

Untuk menapis dan memantau penggunaan laptop oleh anak-anak, sebenarnya laptop terkini mempuyai fungsi yang jarang kita guna iaitu Parental Control. Fungsi parental control ini ada di control panel laptop anda.


Untuk mengaktifkan Parental Control, pastikan anda berada di akaun lavel Administrator. Sekiranya anda belum mempunyai level tersebut, anda perlu mengubahnya di fungsi Change your account type. Setelah itu anda boleh pilih Create password for your account.

Untuk itu, anda akan dapat membuat akaun baru khas untuk anak anda. Aktiviti anak anda melalui akaun tersebut dapat anda pantau. Sebagai contoh anda boleh menetapkan berapa lama penggunaan dan waktu penggunaan laptop di menu Time Limit.


Contoh lain, anda boleh menyahfungsi program tertentu di menu Allow and Block Specific Program. Sebenarnya banyak lagi fungsi yang boleh anda lakukan sekiranya anda sendiri meneroka menu-menu yang disediakan mengikut kemahuan anda.

0 comment... add one now