Cara Hilangkan Calar Cermin Kamera Smartphone

Setiap smartphone pasti ada kamera tersendiri, hilangkan calar cermin pada kamera anda adalah tidak mustahil. Kamera smartphone terkini kebiasannya terletak di 2 tempat iaitu duhadapan dan dibelakang smartphone anda. Kamera dihadapan digunakan untuk mengambil gambar suamuka ( selfie ) dan kamera belakang digunakan untuk mengambil gambar. Mungkin jarang kamera depan yang calar, namun demikian, kamera dibelakang smartphone biasanya mudah calar kerana biasa bergesel dengan permukaan ketika pengguna meletakkannya di meja atau permukaan keras lain.


Jika calar yang melampau ia boleh memberi kesan pada kualiti gambar yang diambil, sebebenarnya calar yang tidak melampau boleh dihilangkan dengan kos murah. Lapisan yang calar kebiasannya dikenali lapisan "oleophobic coating". Lapisan ini bukan di lensa kamera, sehingga sangat mudah bagi pengguna untuk menghilangkannnya. Ada beberapa cara mudah untuk menghilangkan calar pada cermin kamera smartphone anda.

Cara Hilangkan calar Cermin Kamera Smartphone


  •  Pertamanya anda hanya perlu ambil ubat gigi yang ada di rumah anda, gunakan sedikit dari ubat gigi tersebut dan disapukan pada cermin kamera smartphone anda yang calar tadi. Jangan terlalu banyak kerana ia mungkin boleh merosakkan. Cukup sekadar 1 titik kecil.
  • Gunakan putik kapas kecil untuk menggosok cermin tersebut yang tersedia dengan sedikit ubat gigi.
  • Gosokkan putik kapas searah iaitu pusingan jam.
  • Selepas itu biarkan sekejap dan lap dengan kain microfiber dan sedikit air
Sebenarnya tidak susah dari membeli dan membaiki di kedai yang mungkin memakan belanja tinggi. Sebenarnya ia agak sukar menghilangkan calar yang dalam, namun demikian tidak salah untuk mencuba dari langsung tidak membuat sebarang usaha.

0 comment... add one now