Cara Dapatkan Akaun Facebook Yang Di Hack

Media sosial seperti facebook diguna luas kini, mungkin juga ada yang cuba merampas akaun fb kita. Sebenarnya ada cara dapatkan akaun facebook yang di Hack. Akaun facebook memang penting untuk sesetengah orang kerana ia mewakili diri sendiri dalam apa jua tindakan online yang dibuat termasuk komen. Dengan akses akaun facebook peribadi ia boleh disalahguna untuk pelabagai tujuan seperti penyamaran dan sekaligus memburukkan nama pemilik sebenar akaun fb tersebut. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan mangsa dikenakan tindakan undang-undang jika tindakan penyamaran dilakukan kearah kejahatan.


Cara dapatkan Akaun Facebook

Sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dapatkan kembali, tetapi anda akan diuji dengan pelbagai ujian untuk megesahkan identiti anda. Secara mudah anda boleh terus ke Facebook Hacked ( maklumat Lanjut )

Melalui facebook Hacked anda perlu memasukkan kata laluan dan seterusnya melalui beberapa soalan ujian keselamatan untuk mengesahkan diri anda sebenar serta pemilik akaun.

Sekiranya anda betul-betul pemilik akaun tersebut pastinya anda akan dapat melepasi ujian-ujian yang diberikan. Setelah mendapat kembali akaun, adalah sebaiknya anda menukar kata laluan lain dan menggunakan kata laluan yang mempunyai pelbagai aksara dicampur dengan nombor. Kata laluan yang bercampur-campur ini merumitkan kerja-kerja pengondam. Anda juga boleh menggunakan pengesahan melalui sms yang boleh meningkatkan lagi keselamatan akaun anda.

0 comment... add one now