Aplikasi Android Berguna Walau Bawah 10mb

Dalam Playstore pastinya ada banyak aplikasi android yang ditawarkan. Tetapi yang mana satu berguna dan berfungsi dengan baik perlu dipilih sendiri oleh kita. Kebiasannya aplikasi android yang bagus adalah bersaiz besar kerana mempunyai banyak fungsi yang diprogram kan. Walaupun demikian, ada 4 idea aplikasi android yang berguna tetapi saiznya bawah 10mb.

Aplikasi Android Bawah 10mb

Swipe for facebook

Pilihan pertama kami pastinya yang berkaitan dengan facebook, hal ini kerana facebook menjadi antara aplikasi penting majoriti pengguna android. Masalah utama pengguna aplikasi facebook ialah saiz aplikasinya besar dan berat. Memilih aplikasi android Swipe for facebook adalah bertepatan kerana saiznya kecil sekitar 3.0mb tanpa hilang fungsi-fungsi penting facebook.

PicSay

Aplikasi PicSay ini tergolong dari aplikasi mengedit gambar, mungkin aplikasi mengedit gambar ada banyak pilihan, tetapi aplikasi ini juga bersaiz kecil. Walaupun kecil ia juga mempunyai banyak pilihan kesan gambar yang boleh untuk anda gunakan.

Ccleaner

Ccleaner sebenarnya juga popular sebagai aplikasi membersih dan melajukan peranti anda. Biasa kita dengar dan lihat ia digunakan pada laptop atau komputer desktop tetapi ia juga ada versi mobile. Versi mobile ccleaner ini mempunyai saiz kecil 5.9mb sahaja dan ianya mempunyai pelbagai ciri seperti membersih junk file, mengoptimasikan guna tenaga bateri, ram dan prosesor anda, dan mempercepatkan android anda.

Dentex youtube downloader

Aplkasi ini pula bagi peminat streaming video dan muat turun video, aplikasi ini memberi kemudahan untuk anda mudah muat turun video youtube yang anda tonton dan paling menarik, aplikasi ini bersaiz kecil bawah dari 10mb.

- Untuk memuat turn anda perlu ke Google Play Store dan membuat carian dengan menaip nama aplikasi yang menjadi pilihan anda.

Kesimpulan


Sebenarnya ada banyak pilihan aplikasi yang ada di internet, apa yang kami utarakan hanya informasi berdasarkan penggunaan pelbagai pihak. Sebaiknya anda berhati-hati mencuba aplikasi yang diinstal ke android anda supaya tidak terkena virus. Walaubagaimanapun demikian, kebiasannya aplikasi yang datangnya dari Google Play Store telah mengalami tapisan keselamatan tersendiri dari cubaan virus dan khianat lain. Untuk Aplikasi Android terbaik sebenarnya bergantung pada cara dan tujuan pengguna itu sendiri, semakin banyak kriteria yang dipenuhi pastinya aplikasi itulah yang sesuai untuk anda.

0 comment... add one now