7 Contoh Password yang Bahaya Anda Gunakan

Bila menggunakan internet pastinya ada perlukan pasword, anda perlu tahu contoh password yang bahaya jika anda gunakan. Apabila menggunakan online pastinya kita perlu membuat password terutama untuk megakses akaun sendiri seperti email dan pendaftaran lain. Anda perlu berhati-hati mereka pasword supaya pencuri data tidak mudah mengakses pasword anda.


Satu perkongsian menarik dari Bill Gates mengenai pasword ini, kebanyakan pengguna online akan cenderung memilih pasword sama untuk memudahkan ingatan mereka. Penggunaan pasword sama ini akan memudahkan pencuri data anda meneka password anda.

Password "123456"

Mungkin password 1 hingga 6 memudahkan anda ingat, tetapi perbuatan demikian menyebabkan pencuri data akan mudah meneka password anda. Pencuri akan meneka turutan 1-6 sehingga 1-0 secara berturut.


Password “ password "

Ini juga katakunci popular, mungkin kebiasannya pengguna ingin mudah mengingat, sebenarnya pemilihan kata kunci ini berbahaya kepada anda.

Password "abc123"

Kata kunci ini juga menjadi pilhan popular, kebiasannya katakunci ini dipilih bila ada web yang minta kata kunci yang bercampur antara abjad dan nombor.

Password "qwerty"


Kata kunci ini memanglah agak pelik susunan serta bacaannya. Tetapi ia adalah susunan yang berada di keyboard anda. Pastinya ia tidak sukar untuk para hacker.

Password "iloveu"

Pasword ini juga kerap digunakan terutama berkaitan dengan profil mereka yang sedang bercinta.

Password "letmein"

Pengguna password ini mencapai 32% berada di Kanada dan Inggris. Entah apa alasannya, mungkin password itu diambil dari perkataan  "Let Me In" (Biarkan Saya Masuk).

Password "monkey"

Mungkin tidak ramai menggunakan pasword ini di Malaysia, tetapi menurut Bill Gates password ini banyak digunakan di Negeri Paman Sam (USA)iaitu negara Bill Gates sendiri.


Kesimpulannya, dalam mereka password anda haruslah menggunakan password yang tidak ada di sekeliling anda. Anda meletakkan diri dalam bahaya jika membuat password no kereta, motosikal, no kad pengenalan, tarikh lahir dan banyak lagi yang berada di sekeliling anda. Kebiasannya hacker mempunyai perisian sendiri yang mempunyai rekod-rekod password yang selalu digunakan dan ia boleh dibuat automatik cuba login beberapa kali akaun anda tanpa anda sedari. 

0 comment... add one now