5 Aplikasi Photo Editor Terbaik Untuk Anda

Pengguna Smartphone pastinya gemar mengambil gambar, kemungkinan 5 Aplikasi Photo Editor terbaik yang kami cadangkan ini sesuai untuk anda. Sebenarnya ada banyak pilihan aplikasi photo editor yang ada di google play. Setiap aplikasi mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. 5 Aplikasi ini telah kami cuba dan ianya memuaskan. Mungkin ia juga sesuai untuk anda.

5 Aplikasi Photo Editor terbaik

Snapseed

Snapseed ini kelebihannya mempunyai paparan Home page yang senang digunakan. Untuk menggunakannya hanya perlu memilih fokus dan dan kesan gambar yang diingini hanya menggunakan jari pada gambar. Bagi kami, apa yang bagus tentang aplikasi ini ialah ia mudah difahami peggunaannya.

PhotoGrid

Aplikasi ini memang popular, boleh dikatakan ia ada di smartphone penggemar bergambar. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat kolaj. Kolaj yang dimaksudkan ialah mengunting dan menampal gambar di gambar lain. Ia juga menyediakan pilihan bingkai gambar dan ketebalannya boleh diubahsuai.

Tadaa SLR

Pengguna Smartphone pastinya mengalami masalah untuk kaburkan latar belakang ketika ingin mengambil gambar. Aplikasi Tadaa SLR ini mempunyai fungsi untuk kaburkan latar belakang. Mungkin ia tidak sama dengan kecanggihan kamera SLR tetapi ia dilihat mudah dan cantik. Masalahnya aplikasi ini hanya ada pada peranti iOS.

Phonto

Aplikasi Phonto ini pula mempunyai kelebihan tersendiri, Aplikasi ini mempunyai kelebihan dapat meletakkan perkataan di gambar dengan mudah. Gambar yang diambil mungkin tidak ada makna jika tidak menulis sesuatu caption untuk gambar tersebut. Menggunakan aplikasi ini juga membolehkan anda memilih jenis tulisan dan siaz tulisan.

MeituPic

Aplikasi ini pula sangat padat dan mempunyai banyak fungsi. Ia banyak memberikan pilihan filter dalam satu-satu kategori. Sebagai contoh jika anda memilih kabur tetapi kabur itu pula mempunyai banyak pilihan-pilihan lain.


Sebenarnya bayak pilihan aplikasi edit photo yang boleh anda pilih, untuk masa depan mungkin ia akan bertambah lagi pilihan untuk anda. Pemilihan aplikasi terbaik sebenarnya bergantung pada tujuan penggunaan kita. Jika fungsi yang disediakan menepati penggunaan kita pastinya itulah aplikasi edit photo yang sesuai untuk diri kita. 

0 comment... add one now