WhatsApp Bermasalah Open Error Android

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi perhubungan popular kini. Mungkin kini timbul whatsApp bermasalah open error atau tidak boleh digunakan bagi sesetengah android. WhatsApp telah digunakan meluas lebih dari 1 bilion pengguna kini dan penggunaanya bukan sahaja untuk kegunaan perhubungan, malah ia digunakan meluas untuk telekomunikasi sosial dan perhubungan perniagaan.
Sokongan WhatsApp ditamatkan pada sesetengah peranti


Menurut info yang kami terima, mulai 2017 ini WhatsApp tidak lagi di jalankan di beberapa peranti seperti :
·         Android 2.1 and Android 2.2
·         Windows Phone 7
·         iPhone 3GS/iOS 6
Manakala 3 peranti dibawah pula juga akan menerima nasib yang sama bermula 30 Jun 2017
  •  BlackBerry OS and BlackBerry 10
  •  Nokia S40
  •  Nokia Symbian S60

Pengguna peranti tersebut digalakkan meningkatkan keupayaan peranti tersebut kepada Android terkini OS 2.3+, atau Windows Phone 8+ atau iphone yang menggunakan iOS 7+ untuk terus dengan whatsApp.

Jika telah mempunyai peranti yang memenuhi spesifikasinya, WhatsApp boleh digunakan dengan menginstallnya kembali dan membuat verifikasi no telefon sebelum boleh menggunakannya kembali .

Sumber WhatsApp

0 comment... add one now