Tips Menjaga Keselamatan Data Peribadi Online

Dunia online kini amat terbuka luas, seharusnya pengguna perlu ketahui bagaimana menjaga keselamatan data peribadi online masing-masing. Memang tidak boleh dinafikan, untuk menggunakan internet pastinya beberapa perkara data peribadi diperlukan terutama hal pembelian internet atau pendaftaran keahlian. Namun demikian, data tersebut diguna dengan sebaiknya mengikut tujuan yang dikehendaki tetapi ia juga boleh disalahgunakan oleh pihak lain untuk mencapai niat yang tidak baik.

Sebagai pengguna internet online seharusnya pandai menyembunyikan data perabadi sebenar serta pandai untuk membezakan laman web yang boleh dipercayai atau tidak. Berikut ialah beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk menjaga keselamatan data peribadi.

Panduan Menjaga Keselamatan Data Peribadi Anda


Selalu semak akaun sosial

Akaun media sosial menggambarkan diri anda, oleh itu selalu semak akaun media sosial anda adakah anda seorang sahaja yang masuk dan menggunakan akaun anda itu. Untuk melihat penggunaan akaun media sosial anda itu, anda boleh melihatn log/ sejarah  aktiviti profil anda serta ada sesetengah yang merekodkan tarikh dan masa anda login sebelumnya.

Mempunyai email utama dan email bayangan

Kebanyakan laman web akan meminta email anda untuk membuat pendaftaran dan pembelian, anda seharusnya mempunyai lebih dari 1 email untuk tujuan itu. Email utama yang digunakan untuk aktiviti penting seperti pembankkan tidak seharusnya digunakan untuk kegiatan online lain. Gunakan email kedua anda untuk membuat sebarang aktiviti online di internet.

Hati-hati jika upload gambar dan scan di internet

Mengambil gambar memang mudah, tetapi tahukan anda, gambar kita juga boleh dimanipulasi melalui super impose. Selain itu, dokumen lain yang boleh menggambarkan data anda seperti tiket penerbangan juga tidak perlu di sebarkan.

Jangan gunakan wifi terbuka

Penjahat biasanya akan mengintai segala maklumat peribadi jika kita menggunakan wifi terbuka, dengan menggunakan laptop dan adaptor wifi membolehkan mereka untuk mengambil data penting anda termasuk wifi. Pastikan anda tahu dari mana sambungan wifi yang anda sambungkan.

Pasword yang sukar

Penting untuk anda hindari menggunakan pasword dari kereta atau apa sahaja nombor yang ada disekeliling anda, kebiasannya penjahat akan mencuba nombor-nombor milik anda seperti no telefon, no kereta, no kad pengenalan dan banyak lagi. Sebaiknya anda menggunakan pasword lain yang tidak pernah wujud di dunia nyata anda, pasword juga perlu mempunyai gabungan abjad dan nombor, adalah lebih baik jika dapat anda masukkan sekali simbol pada pasword anda.

0 comment... add one now