Tarikh Pembayaran BR1M 2017 dan Cara Pembayaran

Kami ada menerima pertanyaan melalui email berkaitan BR1M 2017 ini. Kebanyakan bertanya tarikh pembayaran BR1M 2017 serta cara pembayaran BR1M 2017 dibuat. Sebenarnya bagi yang biasa dengan BR1M ini mungkin dah maklum dengan bagaimana penerimaan BR1M ini.

Bantuan BR1M ini diperkenal oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat dalam mengurangkan beban kewangan rakyat. Pada awal perlaksanaan ia diagihkan 1 x setahun dan meningkat kepada 2x setahun dan kini 4x setahun. Agihan BR1M ini seolah memberi bantuan bulanan kepada rakyat yang layak dalam membantu perbelanjaan. Cara ini memberikan lebih keselesaan kepada rakyat untuk tempoh masa akan datang.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Pembayaran BR1M untuk tahun 2017 ini dibuat sebanyak 4 kali. Menurut sumber, tarikh keempat bantuan BR1M itu akan dilakukan mengikut tarikh dibawah :
·         28 Januari 2017
·         28 April 2017
·         23 Jun 2017
·         28 September 2017

Jika dilihat tarikh yang ditetapkan ia mempunyai tempoh masa berselang 2 bulan yang sedikit sebanyak membantu pengurusan kewangan penerima. Mungkin jika diberikan sekaligus dilihat satu bantuan yang banyak, tetapi ia akan menggalakkan penerima berbelanja lebih dan akhirnya bermasalah pada hujung tahun. Pemberian berperingkat ini sedikit sebanyak membantu penerima membuat perbelanjaan berhemah dan mencukupi.

Cara Pembayaran BR1M 2017

Umumnya pembayaran BR1M dibuat melalui kaedah :
  • Terus ke Akaun Bank Penerima
  •  Baucar BR1M

Contoh Baucar BR1M
Penerima yang sebelum ini yang lengkap permohonan termasuk menyatakan no akaun bank melalui online akan menerima BR1M melalui akaun bank masing-masing, Baucar BR1M diberikan kepada mereka yang tidak mengemukakan  maklumat akaun bank.

Jumlah Pembayaran BR1M 2017

Setiap kategori rakyat akan menerima jumlah BR1M yang berbeza, terdapat 4 kategori penerima dan jumlah bayaran yang diterima :
Penerima
Jumlah BR1M( RM )
Peserta e-Kasih Pendapatan RM 1000 kebawah
RM 1500
Isi Rumah Pendapatan RM 3000 kebawah
RM 1000
Isi Rumah Pendapatan RM 3001-4000
RM 800
Individu
Rm 400

Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas. Menurut Sumber,  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah "Tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris. Hanya waris yang dinamakan dalam borang saja yang layak untuk menuntut SKK.

0 comment... add one now