Perkara Perlu Buat di Android Baru Anda Beli

Membeli smartphone android menjadi keterujaan setiap orang, jangan tergesa-gesa menggunakannya, ada perkara perlu buat di anroid baru anda beli tersebut. Hal ini kerana, barangan baru masih belum bersedia jika digunakan terus dan perlu dipersiapkan untuk memberikan lebih jangka hayat masa depan android baru anda itu.

Cas Bateri 5-8 jam mengikut jenis android anda

Android baru dari kedai pastinya mempunyai bateri yang agak lama tidak diaktifkan. Kemungkinan ianya lebih dari 1 minggu berada dalam keadaan off. Jangan memendekkan bateri android anda dengan tidak sempurna pengecasan kali pertama. Untuk memanjangkan hayat bateri dan android anda itu sepatutnya anda buat pengecasan penuh 100% sebelum kali pertama menggunakannya.

Meminimumkan display dan bateri

Membuat paparan lebih cerah dan tinggi tone warna memang membuatkan gambar sangat cantik dan terang. Walaupun demikian, dalam keadaan gelap tidak semestinya warna cerah itu diperlukan. Ada baiknya anda meminimakan kecerahan dan tone warna android anda untuk mengurangkan tenaga haba bagi setiap komponen android anda. Anda boleh mengubah dengan pergi ke menu setting > Display > Brightness Level. Selain itu, smartphone yang canggih biasanya mempunyai mod auto yang mengubah automatik mengikut kecerahan persekitaran.

Login Ke akaun Google

Cuba anda teroka fungsi di smartphone anda itu dan cuba login ke akaun google, Anda akan dapat mengakses beberapa fungsi khusus dari google seperti Gmail, Play Store dan sekaligus mengaktifkan hubungan dengan pelbagai fungsi google. Perlu diingatkan, kerja-kerja kali pertama ini ada baiknya anda menggunakan sambungan wifi kerana ia banyak memakan data kerana banyak aplikasi yang perlu di muat turun melalui Google play store.

Aktifkan Android Device manager

Kebanyakan pengguna akan lupa untuk mengaktifkan fungsi device manager. Fungsi tersedia ini memang penting untuk mengunci dan membuka smartphone ketika ditinggalkan. Untuk mengaktifkannya, masuk ke menu Settings >Security> Device Administrators dan tick pada Android device manager.

Install Clean Master dan seakannya


Sebenarnya ada banyak aplikasi yang seakan sama dengan clean master, anda boleh membuat pilihan tersendiri berdasarkan bagaimana anda menggunakan smartphone anda. Aplikasi membersih ini boleh memudahkan urusan kita membersih cache, melajukan ram dan banyak lagi

0 comment... add one now