Ketahui Cara kenalpasti Kualiti Browser Anda

Bila melayari internet pastinya Web browser digunakan. Setiap orang perlulah tahu cara kenalpasti kualiti browser masing-masing. Apa itu web browser ? Web Browser adalah suatu program yang digunakan untuk menjelajahi dunia Internet atau untuk mencari informasi tentang suatu halaman web yang tersimpan di komputer. Awalnya, web browser hanya berorientasi pada teks dan belum dapat menampilkan gambar.

Namun, web browser sekarang tidak hanya menampilkan gambar dan teks saja, tetapi juga memutar file multimedia. Browser juga dapat mengirim dan menerima email, mengolah bahasa HTML sebahai input dan menjadikan halaman web sebagai output yang informatif.

Contoh web browser antara lain : Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera, netscape, dll.

Paling mudah untuk difahami ialah Aplikasi komputer anda yang membolehkan anda menaip untuk membuat apa sahaja carian samaada di google ataupun di yahoo dan lain-lain.
Untuk pengetahuan anda, oleh kerana ada banyak web browser di dunia teknologi ini, setiap web browser mempunyai variasi kebolehan dan kelemahan. Oleh demikian, pengguna haruslah pandai memilih browser yang sesuai dengan kegunaanya. Setiap browser mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Apa yang penting, pengguna perlu tahu tujuan penggunaan setiap orang dan sejauhmana sesuai web browser yang dipilih sesuai dengannya.

Cara Mudah Kenalpasti Kualiti Browser

Sebenarnya ada banyak cara untuk menguji kualiti browser yang kita gunakan. Bagi kami, cara paling mudah ialah dengan terus layari http://html5test.com/ ia akan memaparkan detail lengkap kualiti browser anda. Ia memudahkan anda untuk membuat pembandingan kualiti browser anda. Untuk menguji browser lain. Anda perlu install aplikasi web browser lain. Selepas anda instal anda perlu buat perkara sama iaitu layari web yang sama iaitu http://html5test.com/ anda akan boleh membandingkan antara score dan detail di kedua-dua browser yang dibuka. Untuk laman web tersebut skor tertinggi yang terbaik adalah skor 555.




Untuk pengetahuan, web browser yang terbaik perlu dipilih kerana ia memberi kesan penggunaan seperti lebih  laju, mesra pengguna, mudah digunakan, sesuai dengan banyak format gambar, video dan audio, sesuai kebanyakan web dan banyak lagi.

0 comment... add one now