Hati-hati, Jangan Kongsi Gambar Tiket Penerbangan Anda di Laman Sosial

Laman sosial merupakan satu platform perkongsian yang paling mudah untuk digunakan, bukan itu sahaja ia juga terlalu mudah untuk rakan lain sebarkan atau secara tidak sengaja dipaparkan di profil rakan anda sekiranya ia komen pada gambar anda. Mungkin menjadi kegemaran pengguna untuk berkongsi tiket penerbangan anda sebagai satu makluman percutian atau apa sahaja tentang diri anda mahukan.



Namun demikian, sebenarnya perbuatan anda itu berbahaya kepada diri anda. Tahukah anda bahawa perkongsian itu akan mendedahkan info peribadi anda untuk digunakan oleh penggondam atau hacker. Untuk pengetahuan, di tiket anda ada dicetak kod QR serta terdapat juga di tag bag. Kod QR itu sebenarnya unik untuk diri anda sahaja dan ianya terkandung segala detail tentang urusan anda dalam penerbangan. Syarikat penerbangan pastinya akan mengumpul segala info diri anda semasa pembelian tiket untuk pendaftaran sebagai pembeli tiket dan pengguna perkhidmatannya. Bayangkan segala info tersebut boleh diakses bila kod QR anda dedahkan. Hacker akan mengambil gambar kod QR anda untuk mendapatkan segala detail diri anda. Bukan itu sahaja hackers boleh untuk membuat beberapa perkara lain seperti :
  •  Mendapatkan nama penuh anda yang biasanya digunakan sebagai log masuk ke laman tempahan penerbangan
  • Mendapatkan 6 angka digit dikenali sebagai PNR yang kebiasannya digunakan sebagai kata laluan.
  • Boleh mengubah info penerbangan
  • Membatalkan penerbangan
  •  Memindah penerbangan kepada pengguna lain
  •  Mengubah dan memindah mata ganjaran
  •  Membuat phishing site untuk mencuri info lain yang diingini
  •  Dan banyak lagi
Code QR

Anda juga dinasihatkan untuk tidak berkongsi tiket penerbangan anda walaupun selepas anda menaiki pesawat kerana kemungkinan ia boleh digunakan kembali sebagai simpanan info diri anda oleh pemerhati anda untuk penggunaan lain. Anda perlu berhati-hati kerana kebanyakan syarikat penerbangan masih menggunakan tiket seperti ini supaya lebih mudah mengenalpasti penggunanya. Apa yang perlu anda lakukan setakat ini ialah jangan kongsikan tiket penerbangan anda kepada orang ramai. Sumber : kaspersky

0 comment... add one now