Harga Honda BR-V Malaysia 2017

Baru diperkenal Honda BR-V untuk penggemar kereta berkonsepkan 7 Seater. Harga Honda BR-V Malaysia juga telah dikeluarkan bersama pelancaranya. Honda Malaysia membuka tirai 2017 dengan memperkenalkan secara rasmi model pertama yang dilancarkan buat tahun ini bagi pasaran Malaysia. Dengan kehadiran dua varian iaitu Gred E dan spesifikasi tertinggi iaitu Gred V.


Honda BR-V ini baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada 5 Jan 2017. Ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Honda, Pegoh, Melaka dan kini boleh dapati di kesemua cawangan sah Honda Malaysia di seluruh negara.

Harga Honda BR-V Malaysia

Sebenarnya harga honda BR-V mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan mengikut varian yang ada. Secara umum harganya bermula dengan harga RM 85,800 agak berbaloi dengan pengguna yang lebih mementingkan ruang dan ketinggian kenderaan yang agak lasak.
  •  Honda BR-V Gred E - Harga RM85,800
  • Honda BR-V Gred V - Harga RM92,800

Spesifikasi Honda BR-V

Honda BR-V 2017 Gred E.
  •  Saiz : 4,456 mm panjang, 1,735 mm lebar dan 1,666 mm tinggi
  • Jarak roda : 2,662 mm
  •  Enjin : 1.5 liter SOHC i-VTEC
  • Transmisi : Automatik CVT
  • Kuasa : 120 ps pada 6,600 rpm
  • Tork maksima : 145 Nm pada 4,600
  •  Sistem keselamatan : 2 beg udara, ABS, EBD dan VSC serta 5 bintang ASEAN NCAP
  • Stereng : Berkuasa elektronik (EPS)
  •  Radius pusingan : 5.5 meter
  • Suspensi : MacPherson di hadapan dan torsion beam di belakang
  • 2nd Row Seat : Boleh dilipat dengan nisbah 60:40 (One Touch Tilt & Tumble) bersama Isofix
  • 3rd Row Seat : Boleh dilipat dengan nisbah 50:50
  •  Kapasiti Ruang Kargo : 233 liter (539 liter sekiranya tempat duduk 3rd Row dilipat)
  •   Lampu hadapan : Projektor bersama lampu posisi LED
  •  Lampu belakang : LED berbentuk-C
  •  Penghawa dingin manual dan corong penghawa dingin pada 2nd Row
  •  Unit hiburan dengan Bluetooth, port bagi USB, HDMI dan Aux, fungsi telefon bebas tangan, empat-pembesar suara dan 11 tempat meletak cawan

Spesifikasi tambahan Honda BR-V Gred V berbeza dengan Gred E
  •  Lampu kabus hadapan
  • Pemegang pintu krom, pelindung sisi krom dan hiasan pada bampar bawah.
  • Butang penghidup enjin (start button) dan kemasukan pintar,
  • Stereng balutan kulit lengkap dengan suis kawalan audio
  • Tombol gear balutan kulit
  •  Sistem penghawa dingin auto
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Skrin sesentuh 6.1-inci bersama sambungan iOS, Android, HDMI, USB serta Bluetooth.
  • Kamera undur.

Video Honda BR-V



 Galeri Gambar Honda BR-V



Jika anda berminat, ada baiknya jika anda rujuk Laman Rasmi Honda Malaysia untuk melihat lebih varian serta spesifikasi beserta pilihan warna yang menarik ( Maklumat Lanjut ).

0 comment... add one now