Had Masa Remaja Anda Dari Sakit Mental Akibat Gadjet

Kini terlalu banyak gadjet yang terhidang di pasaran, harganya terus berlumba mempengaruhi pembeli termasuk golongan remaja dan kanak-kanak. Jika dahulu gadjet hanya boleh diguna oleh golongan dewasa kerana harganya sangat mahal. Kini harga gadjet ditawarkan dengan harga murah dan pelbagai pilihan dan teknologi.


Gadjet popular yang diguna semestinya telefon pintar, video game  dan tab, gadjet ini mempunyai sistem terbuka dengan berkeupayaan untuk menjalankan apa sahaja aplikasi yang boleh dimuat turun di play store. Dengan kebolehan menukar aplikasi meningkatkan lagi fungsinya serta boleh membuatkan anak dan remaja kita ketagih menggunakannya.

Satu kajian terkini dari Universiti Oxford memberi gambaran bahawa sebenarnya remaja perlu mengehadkan penggunaan gadjet tidak melebihi 257 minit. – Sumber telegraph

Kajian adalah dengan menemuramah 125000 remaja berusia 15 tahun dan mengumpul data mengenai tabiat penggunaan gadjet mereka.

Jika dikira dalam jam ianya sekitar 4 jam 28 minit. Sekiranya melebihi dari tempoh tersebut ia boleh meningkatkan risiko kesihatan mental. Kajian tersebut juga, memperincikan  hal lain berkaitan  penggunaan gadjet sehari seperti :
  •  Permainan video -  1 jam 40 minit
  • Telefon pintar -  2 jam

Kajian juga memberikan respon positif penggunaan gadjet ini iaitu meningkatkan daya kreativiti, kemahiran komunikasi dan pembangunan mental tetapi sekiranya tidak lebih dari 257 minit sehari tersebut.


Penggunaan teknologi ini sebenarnya mempunyai pelbagai kebaikan dan keburukan. Penggunaan yang terlampau pastinya akan mendatangkan kesan negatif yang ketara. Diharapkan ibu bapa mengawasi anak remaja dirumah demi masa depan yang lebih baik kelak.

0 comment... add one now