Cara Hapus Status di Facebook Dengan Pantas

Membuat status di facebook memang mudah, tetapi anda perlu juga tahu cara hapus status di facebook. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menggunakan facebook. Ada pengguna fb yang jenis senyap, memantau, suka berkongsi, suka mengecam dan banyak lagi. Ada juga pengguna fb yang minat untuk berkongsi status, setiap kali aktiviti yang dilakukan pasti mudah untuk berkongsi di facebook.


Kemudahan yang ada juga perlu difikirkan dengan baik, tidak perlu untuk berkongsi semua benda teruta perkara sulit dan membahayakan dibuat di facebook. Kemungkinan ada orang lain yang mengambil kesempatan terhadap maklumat yang didedahkan. Selain itu, setiap komen dan status yang dikeluarkan juga perlu mengikut budi bicara yang wajar supaya kita tidak dikenakan sebarang tindakan dari pihak yang teranyanya. Hal ini kerana, apa sahaja status di facebook  mudah tersebar kerana ia berkongsepkan media sosial.



Untuk itu, adalah wajar pengguna baru untuk mengetahui bagaimana untuk menghapus atau edit status yang secara tidak sengaja atau sengaja di keluarkan. Jika dilihat antaramuka facebook, agak sukar untuk mengenalpasti butang atau fungsi delete status kerana ia tidak seara terus dipaparkan. Fungsi mengedit atau menghapus stautus facebook sebenarnya ada tersembunyi pada anak panah sebelah kanan atas status anda. Berikut ialah langkah mudah untuk menghapus status facebook :
  1.  Pergi ke profile anda dan cari status yang ingin anda hapus.
  2.  Cari dan klik tanda anak panah ke bawah seperti gambar
  3.  Pilih untuk delete atau edit post anda.
  4.  Buat pengesahan arahan menghapus anda itu


Sebenarnya ia sangat mudah, tetapi bagi yang baru atau tidak biasa pasti tercari-cari dimana fungsi tersebut. Pesanan kami, hati-hati mengeluarkan status. Boleh jadi ia menyinggung hati orang lain atau berbahaya kepada diri sendiri. Moga bermanfaat.

0 comment... add one now