Belajar Jawi Kanak-Kanak dengan Android Anda


Satu perisian percuma untuk belajar jawi kanak-kanak untuk anda disediakan di google play untuk anda. Sebuah syarikat Cool Code Sdn Bhd dari UTM skudai  telah membangunkan aplikasi ini. Syarikat ini sebelumnya  terkenal dengan pembangunan permainan didi & friends playtown melalui jenama DD animation Studio dan Astro. Terbaru syarikat ini hadir dengan permainan baru berbentuk pendidikan dengan menfokuskan pada jawi iaitu Rainbow Jawi.


Aplikasi Rainbow Jawi berkonsepkan pembelajaran Jawi dalam permainan secara interaktif sesuai untuk kanak-kanak dan individu yang ingin mempelajari asas Jawi.

Aktiviti pelbagai

Terdapat dua modul utama iaitu modul pembelajaran dan modul permainan. Kedua-dua modul ini merangkumi pelbagai aspek mempelajari jawi dimana untuk permulaan kanak-kanak diberi peluang mengenal huruf jawi, menulis, mengenal anggota badan dan haiwan serta macam-macam lagi. Setelah dipelajari dengan ilmu tersebut, kanak-kanak dapat mempraktis ilmu tersebut dalam aktiviti permainan untuk meningkat maju dan mahir dalam pembelajaran jawi.

Mod Prestasi Anak-anak
Aplikasi ini juga menyediakan ruangan bagi ibu bapa yang ingin memantau prestasi anak-anak semasa menggunakan permainan ini dan memaparkan informasi tersebut di dalam aplikasi. Ia merangkumi jumlah masa pembelajaran dan bermain, jumlah aktiviti yang telah diselesaikan, permainan yang baru dimain dan macam-macam lagi pada masa depan.

Developer Rainbow Jawi

CoolCode Sdn. Bhd.
Level 1 (UTM-IRDA), T03, UIRL Building,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai,
Johor.

Muat Turun Percuma :


Aplikasi ini memang berbaloi untuk dicuba, sebenarnya ia memberikan pendidikan jawi percuma kepada kanak-kanak untuk belajar. Kebiasannya kanak-kanak akan lebih berminat bermaian permainan di android tanpa faedah dalam menambah nilai pelajaran hariannya. Melalui aplikasi ini ia memberi hiburan dan permainan sekaligus kepada kanak-kanak. Selain itu juga, pembelajaran jawi juga sangat penting kerana bimbang ia dilupakan oleh generasi muda. Pembelajaran jawi secara tidak langsung ini memberi kemahiran tambahan kepada kanak-kanak seterusnya meningkatkan lagi kebolehan dan minat membaca Al-Quran bagi yang beragama Islam.

0 comment... add one now