Bateri Bertahan Sehingga Sebulan Nokia 150

Jika anda gemar telefon bimbit bateri tahan lama, Nokia 150 baru ini adalah sesuai untuk anda. Telefon ini direka untuk penggunaan minimum kuasa bateri sehingga ia boleh tahan lama. HMD global memperkenalkan Nokia 150 dan Nokia 6 dan mula memasuki pasaran tempatan dan sudah mula didapati diripada pengedar tempatan Malaysia.

Nokia 150 ini juga merupakan telefon bewarna dengan saiz skrin 2.4 inci serta papan kekunci bernombor. Ciri ini dipilih bagi meminimumkan penggunaan bateri untuk jangkahayat penggunaan yang lebih lama iaiatu sekitar sebulan. Dalam tempoh itu, ia boleh diguna untuk kerja asas.
Selain panggilan dan sms, ia juga boleh digunakan untuk mendengar radio FM, pemain mp3 dan kamera VGA dengan mempunyai lampu LED.

Harga Nokia 150

Harga nokia 150 ini amat berbaloi sesuai untuk mereka yang ingin menjadikan telefon kedua atau simpanan, ia juga sesuai untuk penggunaan golongan muda yang masih tidak mampu mempunyai budjet yang tinggi. Nokia 150 ini mula dijual dengan harga RM 159. Anda juga boleh dapatkan telefon ini di Lazada Malaysia dengan harga yang murah ( Maklumat Lanjut ) . Ikuti video yang disediakan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang telefon ini.

Spesifikasi Nokia 150


  • Skrin 2.4 inch (240 x 320 pixels)
  •  Memori kad sehingga 32 GB (micro SD)
  •  VGA camera dengan LED flash
  • Bluetooth 3.0
  • FM radio
  •  microUSB
  • Bateri bersaiz 1020 mAh (bateri tahan sebulan jika tidak digunakan)
  •  Harga jualan di Malaysia adalah RM159

0 comment... add one now