5 Cara Mengesan Aplikasi Android Bahaya

Jika mempunyai smartphone pastinya inginkan aplikasi yang menarik untuk diguna. Aplikasi juga mudah didapati melalui Google Playstore yang tersedia di smartphone masing-masing. Untuk mencari aplikasi yang diingini anda hanya perlu taip dan banyak pilihan aplikasi yang boleh digunakan. Tahukah anda, ada juga aplikasi android yang boleh dimuat turun selain dari google play? Jangan ghairah muat turun aplikasi sebarangan, anda perlu tahu cara mengesan aplikasi android yang berbahaya terutama yang membawa bersama virus.
Gambar Hiasan

Aplikasi Bukan di Playstore

Untuk tips kita bersama, kebiasaanya aplikasi yang berbahaya tidak ada di playstore dan tidak dapat melepasi tapisan di playstore. Kebanyakan ia terus didapati di blog atau carian lain dengan berformat  .apk yang kemungkinan mengandungi virus.

Developer yang Mencurigakan

Jika anda ingin memilih aplikasi, pastikan anda melihat Developer pembuatnya. Anda mungkin mudah membezakan developer yang sebenar atau hanya penipuan. Kebiasaan Nama Developer ada di bawah tajuk.

Baca komen negatif dan positif

Komen ini amat penting memberikan gambaran tentang aplikasi tersebut. Cuba anda perhatikan komen-komen yang diberi, jika banyak yang negatif dan berulang pastinya ia mencurigakan.

Lihat reputasi

Kebanyakan aplikasi juga mempunyai reputasi tersendiri, kebiasannya jika aplikasi itu teruk, orang akan tidak memilih untuk memberikan reputasi baik. Jika anda jumpa aplikasi yang buruk reputasinya pasti bahaya jika anada muat turun.

Baca Penerangan Aplikasi


Setiap Aplikasi pasti ada hurainnya, Aplikasi yang baik dapat memberikan penerangan yang jelas beserta gambar yang sebenar. Jika aplikasi yang memberikan sedikit penerangan dan gambar pastinya membahayakan.

0 comment... add one now