Bahasa memang banyak didunia ini, jika
melancong kita perlu tahu cara translate bahasa asing. Jika berhadapan dengan
tulisan yang boleh kita taip melalui abjad memang mudah dengan menaipnya di keypad
masing-masing. Bagaimana pula jika tulisan tersebut mempunyai simbol tersendiri
seperti bahasa cina atau jepun? Adakah kita perlu mencari keypad yang mempunyai
semua huruf-huruf tersebut? Jangan bimbang, sebenarnya kita tetap boleh
translate kesemua bahasa tersebut tanpa menaipnya. Apa yang perlu anda buat
hanya mengambil gambar tulisan yang anda hendak translate tersebut.
Bagaimana cara Translate Bahasa Asing dengan Mengambil Gambar
Sebenarnya anda boleh gunakan aplikasi Google
translate dan mula muat turun ke smartphone anda, selepas anda muat turun
bolehlah anda mengguakanya.
- Untuk menggunakan secara offline, gunakan aplikasi google translate, lihat disebelah atas kiri ada 3 garis ( Ikon 3 garis ) dan pilihlah offline translation. Sebelum tu anda perlu download bahasa yang ingin anda translate dan juga bahasa anda sendiri.
- Untuk menterjemah bahasa yang anda inginkan di aplikasi google translate anda pilih bahasa yang ingin diterjemah pada sebelah kiri atas dan juga memilih bahasa anda di bahagian sebelah kanan atas.
- Selepas itu anda klik icon kamera dan ambil gambar tulisan yang anda mahu terjemahkan. Selepas itu ia akan automatik menterjemah di screen anda.
Fungsi ini sebenarnya berfungsi dengan baik
untuk perkataan yang biasa digunakan, ada juga yang tidak dapat diterjemah
terutama tulisan yang tidak jelas atau jarang digunakan.