Cara Print Saiz A4 Ukuran Sebenar

Semasa print bahan anda, saiz kertas perlulah betul dengan apa yang anda tulis. Seharusnya anda perlu tahu cara print saiz A4 ukuran sebenar. Saiz kertas perlu sama dengan bahan yang anda taip supaya tidak timbul masalah tidak center atau masalah terdapat kosong pada bawah kertas. Masalah ini akan timbul juga walaupun anda membuat setting A4 pada saiz kertas pada setting printer anda. Mengapa ini terjadi? Sebenarnya saiz A4 yang di setting dalam komputer kemungkinan berbeza saiz A4 kertas sebenar tempatan anda.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu banyak kali mengubah setting dan cuba print kembali kertas selepas mengubah setting saiz kertas.
  1.  Perkara pertama anda perlu klik Device and Printer ( Win 7/8 ) atau Printer and faxes ( win XP ) dari start menu. Selepas itu anda klik kanan dan pilih Printer Preferences ( lihat gambar 1 )
  2. Selepas itu anda pilih seperti yang ditunjukkan dalam ( Gambar 2 )
Gambar 1

Gambar 2



Paparan yang timbul anda perlu memilih 2 jenis ukuran, pilih ‘mm’. Anda perlu memasukkan saiz sebenar kertas A4 anda mengikut ukuran sebenar yang anda buat sendiri. Kebiasannya sekitar saiz “ Paper Width : 215 ; “ Paper Height “ : 330. Selepas selesai anda boleh save dan ok.

Selepas seting anda perlu print beberapa contoh untuk melihat keberkesanan saiz yang anda masukkan. Anda boleh cuba maklumat yang dinyatakan diatas dan ianya mungkin berjaya atau tidak bergantung kepada jenis printer anda. Keluaran Printer memang banyak dan tidak salah jika anda mencuba. Semoga berjaya.

0 comment... add one now