Cara Pantas Cari File Attachment pada Gmail

Dalam email mempunyai banyak kiriman yang bercampur termasuk kiriman, iklan dan pesanan. Pernah terfikir bagaimana cara pantas cari file attachment pada gmail. Banyak maklumat bercampur masuk ke dalam email gmail kita. Ia menjadikan kiriman masuk penuh dengan pelbagai maklumat. Keadaan ini menyukarkan pencarian file yang di attach oleh pengirim sebelumnya. Oleh demikian, pengguna perlu tahu bagaimana cara pantas cari file attachment pada gmail masing-masing.


File Attachment ini ialah file yang dilampirkan sekali dengan kiriman email sebagai maklumat tambahan berbentuk format lain seperti doc, pdf, ppt, rar dan banyak lagi. Kebiasaanya file ini penting untuk rujukan masa akan datang. Pernah berlaku masalah jika isu atau masalah tersebut berbangkit, kita akan mula membuka email gmail untuk mencari semula maklumat yang di lampirkan sebelum ini. Untuk mencari maklumat sebelum ini mungkin senang jika anda menggunakan fungsi search dengan menaip tajuk atau keyword yang berkaitan dengan maklumat yang hendak anda cari. Namun demikian, akan timbul masalah jika terlalu banyak yang disenaraikan berkaitan dan kadangkala menyukarkan pencarian file attachment yang hendak kita cari.

Cara Pantas Cari File Attachment


Tahukah anda sebenarnya ada cara cepat untuk menyenaraikan hanya file attachment dalam pencarian kita? Caranya sangat mudah juga menggunakan fungsi search tetapi menggunakan keyword khas iaitu :

Has:attachment

Taip perkataan tersebut pada kotak search gmail anda dan ia akan memaparkan semua senarai email masuk yang mengandungi lampiran / attachment.




Cara ini lebih menjimatkan masa jika anda perlu scroll satu persatu dan ada juga terpaksa membuka satu persatu email yang ada. Dengan paparan hanya email yang mengandungi attachment sahaja ini mengurangkan jumlah senarai yang perlu anda teliti. Moga mempermudahkan kerja anda.

0 comment... add one now