Cara Mengatasi Virus Ransomware

Sejak kebelakangan ini muncul pula ancaman baru untuk pengguna komputer. Ransomwaremenjadi masalah yang makin polular. Anda perlu tahu cara mengatasi virus Ransomware ini. Sebenarnya ransomware ini adalah sejenis malware yang memaksa pengguna. Ransomeware ini masuk ke sistem komputer secara sulit apabila pengguna memuat turun fail dari sumber yang tidak disemak dahulu kepercayaanya.


Ransomware ini berfungsi dengan memaksa pengguna membuat sejumlah bayaran dan sebagainya sebelum mendapat akses sistem fail dan dokumen mereka. Kebanyakan komputer yang mengandungi Ransomware ini akan menyebabkan dokumen diubah nama atau melalui penyulitan sehingga ia sukar dibuka. Untuk membukanya kembali pegguna perlu melakukan banyak perkara yang menyukarkan sehingga melibatkan bayaran.

Cara mengatasi Ransomeware

Sebenarnya tidak banyak perisian antivirus yang boleh melakukan pencegahan secara terus, anda perlu menambah perisian lain yang disediakan mereka untuk mencegah dan mengubati malware ini. Sebagai contoh, Avast menyediakan 11 perisian yang membantu anda. Kesemua perisian yang diberikan setakat ini percuma dan anda boleh muat turun ( Maklumat Lanjut ) 11 perisian tersebut tersenarai dibawah :
  • Alcatraz Locker
  • Apocalypse
  • BadBlock
  • Bart
  • Crypt888
  • CrySIS
  • Globe
  • Legion
  • NoobCrypt
  • SZFLocker
  • TeslaCrypt
Perisian yang mana sesuai untuk anda? Sebenarnya anda boleh pilih perisian yang ditawarkan dengan percuma mengikut jenis ransomeware yang ada di komputer anda. Sebagai pengguna komputer, anda perlu berhati-hati dalam melayari internet, pastikan anda melihat dahulu laman yang anda layari termasuk melengkapkan diri dengan ilmu mengenalpasti laman web yang mempunyai banyak virus serta tidak memuat turun file dan bahan yang tidak mengetahui sumbernya.

0 comment... add one now