5 Sebab Bateri iPhone Cepat Rosak

Memiliki iPhone memang menyeronokkan, tahukah anda ada sebab bateri iPhone cepat rosak. iPhone memang terkenal dengan kualiti fungsinya, ia juga sukar untuk mengalami masalah kelancaran apabila menggunakannya. Namun demikian, bateri iPhone juga senang rosak atau lebih pendek umurnya jika kita salah menggunakannya. Apakah sebab beteri iPhone cepat rosak? Mungkin dibawah adalah penyebabnya yang selalu anda lakukan pada iPhone anda itu.

iPhone

1. Jangan Guna sehingga habis atau 0% bateri

Ada pendapat mengatakan baik untuk cas bateri bila smartphone anda betul-betul kehabisan bateri, cara ini salah sepatutnya bateri harus di cas dari lingkungan 15-30 % jika anda tetap menggunakan sehingga mencapai 2-0 % menyebabkan bateri anda perlu bekerja kuat dan memendekkan usianya.
Membiarkan iPhone menyala lama


2. Membiarkan iPhone menyala lama

Untuk pengetahuan, lampu pada skrin dan camera menggunakan kuasa yang tinggi. Nyalaan lampu berskala besar ini meningkatkan suhu dan penggunaan kuasa bateri. Bateri akan cepat panas dan penggunaan pada suhu tinggi memendekkan usianya. Anda perlu berhati-hati terutama berkaitan setting nyalaan skrin, mungkin ada aplikasi yang anda terinstall menggangu setting nyalaan screen anda.

3. Jangan gunakan iPhone suhu melampau

Suhu yang melampau dimaksudkan sebagai terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda perlu tahu, peranti elektronik sangat sensitif, suhu yang melampau memberikan cabaran kepada bateri untuk berfungsi. Penggunaan ketika suhu melampau membuatkan bateri cepat mengalami masalah. Untuk mengelakkan berlaku suhu melampau, anda boleh menggunakan aplikasi yang mengesan suhu bateri dan memilih waktu yang sesuai untuk menggunakannya. Selain itu, bermain permainan game yang lama juga boleh meningkatkan suhu bateri.

4. Menggunakan wi-fi dan Bluetooth kerap

Sebenarnya kedua fungsi ini juga penting, kalau boleh ada yang ingin sentiasa membuka 2 fungsi ini. Sebenarnya jika anda terlalu kerap menggunakan 2 fungsi ini juga boleh memberi tekanan kepada iPhone dan bateri anda. Hal ini kerana, 2 fungsi ini mempunyai fungsi utama lain iaitu mencari network/ device berdekatanya. Walaupun anda sedang tidur ia akan sentiasa mencari di kawasan berdekatanya. Bayangkan betapa penat bateri anda melakukan kerja dan mungkin bleh memendekkan hayat bateri anda.


5. Kawal kecerahan Screen anda


Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, dalam iPhone skrin adalah komponen paling banyak mempunyai sistem cahaya dan penggunaan pencahayaan lebih 50% dari badan iphone itu sendiri. Sifat cahaya adalah mengeluarkan haba dan skrin pula dekat dengan bateri Iphone anda. Ianya hanya bersebelahan hanya dilapis oleh lapisan litar. Penggunaan pencahayaan kecerahan 100% maksimum sangat tidak sesuai, apa yang lebih baik jika anda menggunakan kurang dari 80% dan paling baik anda gunakan sekitar 50%. Jika anda ingin mudah, anda boleh set kan auto brightness supaya ia automatik cerah di kawasan luar rumah dan lebih malap di kawasan gelap.

0 comment... add one now