4 Cara Penjagaan Earphone Supaya Tahan Lama

Earphone juga merupakan salah satu komponen penting smartphone anda. Harga earphone tidak terlalu mahal tetapi ia perlu dijaga dengan baik. Anda perlu tahu cara penjagaan earphone supaya tahan lama. Hal ini kerana, walaupun harganya tidak mahal, tetapi kekerapan membeli earphone juga melibatkan kos. Earphone adalah speaker kecil terus ke telinga pendengar. Kebiasannya earphone ini digunakan untuk mendengar muzik tanpa menggangu individu lain. Selain itu ia juga digunakan untuk mendapatkan kejelasan bunyi yang tersendiri terus kepada pendengar yang memakainya di telinga. Komponen earphone terutama wayarnya sangat sensitif untuk putus dan rosak. Oleh itu, ia perlu dijaga dengan rapi mengikut tips yang kami cadangkan.

Simpan di tempat yang minimum pergerakan

Kebiasannya ramai akan menyimpan earphone dalam poket, atau bekas yang besar seperti beg. Sebenarnya ia akan merosakkan kabel penyambung earphone kerana pergerakan yang banyak boleh memutuskan kabelnya. Earphone perlu diletakkan di bekas kecil bersesuaian dengan saiznya supaya ia tidak banyak bergerak.

Gulung kabel dengan betul

Earphone mempunyai wayar yang agak panjang, ada sesetengah pengguna tidak kisah dengan cara penggulungan wayarnya. Pengabaikan gulungan yang betul boleh menyebabkan wayar halus dalam earphone mudah putus apabila kerap bergerak. Cuba anda gulung seperti gambar dibawah, ia nampak lebih kemas dan minimum pergerakan.


Bersihkan earphone anda

Mungkin cara ini dilihat cerewet, namun demikian, earphone mahal perlu dijaga dengan rapi. Kebiasannya permukaan speaker mudah dimasuki habuk dan kotor. Gunakan sedikit air suam yang ditik sedikit pada tisu lembap untuk membersihkannya, penggunaan cecair pembersih khasnya amatlah digalakkan terutama membuang kuman kerana ia digunakan di dalam telinga.

Gunakan Earphone dalam volume sederhana


Teknologi earphone memanglah boleh menangung maksimum volume yang anda pilih. Walaupun demikian, peggunaan volume maksimum sekerap mungkin boleh memendek hayat earphone anda. Selain itu ia juga boleh merosakkan telinga anda. Ada baiknya anda gunakan volume yang tidak maksimum untuk menggunakan earphone. Tidakan tersebut mengurangkan getaran komponen earphone hingga ia lebih tahan lama.

0 comment... add one now