Tukar Nama Kereta Pemilik Meninggal

Kebiasannya urusan tukar nama ini perlu mempunyai kebenaran kedua-dua pihak. Jika pemilik asal meninggal bagaimana pula tukar nama kereta pemilik meninggal. Urusan tukar hak milik kenderaan tidak kira kereta atau motosikal merupakan proses yang perlu teliti kerana ia melibatkan hak milik seseorang yang mana nilainya boleh mencecah puluh atau ratusan ribu. Oleh kerana nilainya tinggi, mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan.

Kebiasannya jika pemilik kenderaan tersebut masih hidup, proses pertukaran akan melibatkan dua pihak iaitu penerima dan pemilik melalui dokumen JPJ yang disediakan. Pemilik dan penerima perlu hadir ke Kaunter JPJ untuk membuktikan proses pertukaran yang ingin dibuat. Pemilik dan penerima juga perlu membuktikan identiti mereka sebelum sah proses peralihan pemilikan sesebuah kenderaan. Namun demikian bagaimana pula jika pemilik asal telah meninggal dunia? Sebenarnya ada caranya tetapi pastinya segala bukti yang kukuh perlu ada menunjukkan pemilik telah meninggal dunia dan mempunyai surat yang membenarkan harta tersebut dialih milikannya kepada pemilik baru tersebut.

Cara Tukar Nama Kereta Pemilik Meninggal

Senarai borang perlu, borang pertukaran milikan dan dokumen pengesahan / sokongan
1.       2 salinan borang Senarai semak TM-3 ( Pind. 1/2009) Muat Turun

2.       2 salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru ( penerima Pusaka ) Muat Turun

3.       Perakuan Pendaftaran Kenderaan Asal ( JPJK2 ) Geran

4.       Dokumen Pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika bekenaan atau salah satu daripadanya seperti : Surat perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet ( Grant Letter of Probate ) atau Surat Akuan/ Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pusaka ( Grant Letter of Administrator ) Pejabata Harta Pusaka Kecil.

5.       Laporan B5 pemeriksaan tukar milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa / sah

Pemohonan mestilah hadir sendiri ke cawangan JPJ untuk urusan pertukaran hak milik yang ingin dibuat. Jika menghantar wakil, ada borang lain tambahan yang perlu diisi oleh penerima milik.

Renew roadtax pemilik meninggal.


Sebenarnya pemilikan yang telah meninggal dunia perlu ditukar milik. Walaubagaimanapun demikian, renew roadtax kenderaan yang pemiliknya meninggal masih boleh diperbaharui tetapi untuk tempoh 6 bulan pertama selepas kematian sahaja. Pembaharuan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja iaitu 6 bulan. Selepas dari itu pembaharuan/ renew roadtax tidak lagi boleh dibuat dan penerima perlu mebuat pertukaran hak milik mengikut ketetapan yang diperuntukkan.

0 comment... add one now