Smartphone Hanya RM 1 Dengan MaxisOne

Jangan tak percaya, maxis tampil dengan tawaran menarik dengan hanya membayar RM 1 anda boleh memiliki Smartphone baru. Sebelum ini kita mendengar pelbagai tawaran dari telco dalam negara termasuk dari telco Digi, Celcom dan banyak lagi. Hal ini menunjukkan syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelan dengan data yang lebih baik dari sebelumnya.


Dengan pakej MaxisONE ini lebih banyak smartphone baru ditawarkan, apa yang menarik pelanggan pakej ini juga perlu melanggan pakej nya termasuk kelebihan lain seperti panggilan dan data internet yang berpatutan.

Sebagai contoh, pelanggan pelan MaxisONE 188 boleh mendapatkan Huawei P9 pada harga RM1. Manakala pelan MaxisONE 158 berpeluang memiliki OPPO F1s atau Samsung Galaxy J7 dengan bayaran RM1. Atau dapatkan ZTE Blade A610 serendah RM1 bagi pelanggan MaxisONE 98.



Untuk pakej ini, pengguna perlu memilih smarphone yang ada disediakan dengan harga RM 1, pengguna perlu mendaftar kontrak selama 24 bulan dengan  MaxisONE.


Pelanggan baru MaxisONE Home juga diberi peluang mendapatkan Gogle Chromecast juga pada harga RM 1. Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej, anda dinasihatkan untuk merujuk laman web utama Plan Power Of One.

0 comment... add one now