Cara Keluarkan Duit ATM Tanpa Kad

Tahukah anda, sebenarnya kita boleh keluarkan duit ATM tanpa kad? Cara ini bukan salah di sisi undang-undang, tetapi ia salah satu kemudahan kepada pengguna yang kehilangan beg duit atau masalah lain. Pengeluaran cara ini sebenarnya setakat ini kepada pengguna Maybank sahaja. Cara ini berjaya sekiranya anda :
  •  Mempunyai dan telah mendaftar maybank2u
  •  Telah update terkini no telefon pengesahan dalam sistem maybank

Kedua perkara diatas penting kerana anda akan menggunakan maybank2u untuk request duit dan no telefon pula digunakan untuk menghantar pengesahan. Hal ini kerana semasa menggunakan mesin ATM tanpa kad akan memerlukan pengesahan dari SMS yang diberi.

Bagaimana cara keluarkan duit ATM tanpa kad?

Langkah 1
Anda perlulah mempunyai akses internet dan layari maybank2u. Klik account & banking

Langkah 2
Pilih ‘ transfer’ kemudian ‘cardless Withdrawal’


Langkah 3
Isikan maklumat yang diminta dan anda akan menerima SMS di telefon

Langkah 4
Setelah dapat SMS yang dihantar, anda perlu ke ATM maybank terdekat. Sebaik sahaja sampai di mesin ATM, jangan ragu-ragu untuk tekan mana-mana butang. Kebiasanya kita akan masukkan kad dulu, tetapi jika kita terus tekan mana-mana butang ia akan terus ke skrin pilihan bahasa.

Langkah 5
Pilih ‘ Pengeluaran Tanpa Kad ‘

Langkah 6
Keluar beberapa ayat pemberitahuan, setelah anda baca klik sahaja teruskan.

Langkah 7
Masukkan 16 digit yang dihatar melalui SMS anda sebelum ini.

Langkah 8
Selepas itu masukkan pula 6 digit yang anda dapat juga melalui SMS


Langkah Akhir, anda boleh ambil duit anda dan resit. Sumber :  FB Ahmad Asyraf Asyari

0 comment... add one now