5 Cara Lock File Android Mudah dan Berkesan

Post sebelum ini ada ditunjukkan bagaimana unlock android yang dikunci, untuk kali ini bagaimana pula cara lock file android dengan mudah. Smartphone adalah salah satu barangan yang berharga kini. Smartphone kini boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai data atau bahan umum atau peribadi. Gambar, video simpanan peribadi perlu dilindungi untuk mengelakkan penceroboh menyebarkannya. Adalah penting untuk setiap orang memasang aplikasi yang boleh untuk mengunci akses pada setiap file atau file tertentu dalam smartphone anda. Dibawah kami cuba kongsikan 5 aplikasi yang agak baik untuk kegunaan kemudahan mengunci akses file.

Smart AppLock ( App Protector )



Aplikasi ini dengan banyak fungsi keselamatan. Aplikasi ini mempunyai mode pemantauan, yang berupaya memantau pencerobohan dari aplikasi setelah usaha gagal. Aplikasi ini akan mengambil gambar penceroboh dengan mengaktikan kamera depan.

AppLock


Aplikasi ini merupakan yang paling popular yang mempunyai fungsi yang pelbagai. Aplikasi ini mempuyai 2 bahasa dan telah digunakan lebih 100 juta orang dari 50 negara.
Aplikasi ini mempunyai paparan user-friendly memudahkan penggunannya menggunakan tidak kira pengguna baru atau pakar. Aplikasi ini membantu mengunci dengan mudah setiap aplikasi, gambar dan video dan banyak lagi.

Antara fungsinya :
  •   Mempunyai vault untuk gambar dan video
  •   Mudah hide gambar dan video dari galeri
  •  Mudah mengunci sms, tempoh panggilan, aplikasi dan galeri
  •  Sukar uninstall aplikasi ini jika tidak ada password
  • Bantuan email untuk mendapatkan pasword yang lupa
  •  Katakunci boleh menggunakan nombor atau bentuk.
Muat Turun : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.domobile.applock

Apps Lock & Gallery Hidder


Apikasi ini juga bagus untuk digunakan, aplikasi ini berupaya melindungi hampir semua aplikasi yang ada di smartphone android anda termasuk galeri, sms, buku panggilan, gmail, dan banyak lagi. Salah satu fungsi terbaik aplikasi ini ialah ia boleh melindungi aplikasi utama seperti uninstall, setting, task manager, force Stop, panggilan masuk dll.


Advance Protection AppLock


Aplikasi ini mempunyai fungsi utama boleh menghilangkan keupayaan untuk unistall applock tanpa pasword. Oleh demikian, ia memberi lebih keselamatan kepada data-data anda.


Perfect Applock



Aplikasi ini juga paling popular untuk melindungi data anda, aplikasi ini mempunyai Google play. Pengguna yang tidak sah tidak boleh unsinstall aplikasi ayang sedia ada di smartphone sebelum terlebih dahulu memasukkan kata laluan. Satu keunikan aplikasi ini ialah mempunyai mode Stealth yang membuatkan sukar melihat aplikasi yang anda guna dari launcher.

0 comment... add one now