5 Bahan Didapur Boleh Hilangkan Calar di Smartphone Anda

Bila ada Smartphone pasti akan berlaku masalah calar ini. Ketahuilah dengan kos murah kita boleh hilangkan calar di Smartphone, screen, Caseing dengan hanya menggunakan bahan didapur. Kebiasannya bagi mereka yang cerewet dan mempunyai kewangan yang kukuh pasti mengambil keputusan untuk menukar baru alatan smartphone yang calar tersebut. Menukar baru memang berkesan, tapi apa salahnya mencuba dulu tips-tips menghilangkan calar yang kami sediakan. Jika ia berjaya, pastinya boleh menjimatkan kos puluhan dan ratusan ringgit anda. Zaman sekarang ni duit amat penting untuk membeli keperluan asas, jangan membazirkannya untuk barangan yang tidak rosak.

Ketahuilah sebenarnya goresan calar memang meninggalkan kesan di permukaan secara halus. Goresan itu memang tidak dapat diperbaiki semula melaikan menggunakan sesuatu yg boleh meratakan permukaan yang calar tersebut. Walaubagaimanpun demikian, kesan putih calar itu yang menganggu kita sehingga menampakkn kesan calar tersebut dengan jelas. Sebenarnya tips dan bahan yang akan dinayatakan selepas ini bertindak sebagai pencuci kesan putih calar tersebut sehingga hilang kesan calar dilihat pada mata kasar.

Minyak Masak, Wax

Minyak Masak/ Minyak sayur

Minyak ini biasa kita guna di dapur, jika calar kecil dan tidak dalam, anda boleh cuba titiskan sedikit minyak masak ketempat calar tersebut dan lapkan dengan kain basah. Semasa mengelap titisan pastikan menggunakan kain bebas air.

Car Wax

Ini biasa diguna untuk menghilangkan calar pada cat kereta, anda juga boleh cuba menggunakannya pada calar smartphone anda. Kemungkinan ia akan berjaya, sekiranya tidak berjaya anda boleh juga mencuba kaedah lain.

Ubat gigi, baking powder dan Bedak bayi

Ubat Gigi

Ubat gigi bukan sahaja untuk membunuh kuman di gigi , tapi ia boleh menghakis kesan calar. Anda boleh cuba ambil sedikit dan sapu di tempat calar. Selepas itu anda boleh gosok dengan kain yang mempunyai sedikit ubat gigi, cuba lakukan berulang harap calarnya hilang.

Baking Soda

Anda kenal baking soda? Kalau tanya wanita pasti kenal. Anda boleh gunakan baking soda untuk hilangkan calar. Caranya anda campurkan baking soda sedikit dalam air dalam piring kecil. Celupkan kain microfiber dan segera lapkan kain tersebut ke bahagian calar.

Bedak bayi

Bedak bayi juga boleh menghilangkan calar, tapi keberkesananya agak rendah dan anda perlu lakukan beberapa hari. Kebiasaanya perlu dilakukan lebih dari 3 hari berturut-turut. Caranya sama seperti baking soda, anda perlu mencampurkan sedikit bedak bayi dlm piring kecil mengandungi sedikit air dan celupkan kain microfiber sebelum dilapkan ke bahagian calar.


Tips yang disediakan tidaklah 100% menjadi, tetapi ia pernah dibuat dan ada hasil positif yang terhasil. Tips yang diberi adalah lebih baik daripada anda menghabiskan duit tanpa mencuba dahulu. Keberkesananya bergantung pada kedalaman calar anda tersebut. Jika ia tidak dalam dan bukan pecah mungkin kaedah yang lebih murah ini berjaya.

0 comment... add one now