Tukar Baru Smartphone Dengan Celcom NewPhone


Sebelum ini kami ada sediakan review tentang DIGI EasyUp yang memberi kelebihan pelanggannya untuk menukar smartphone setiap tahun. Kami ada menerima pertanyaan adakah Celcom ada menyediakan pakej yang sama. Untuk pengetahuan, Celcom ada menyediakan program yang seakan sama begitu juga telco lain seperti Maxis, Namun demikian setiap telco ada kekuatan sendiri yang boleh dibincangkan kelak. Untuk kali ini, menjawab pada pertanyaan pelawat, celcom ada mengeluarkan program seakan sama iaitu Celcom NewPhone.

Sebenarnya program Celcom NewPhone ini diperkenal sekitar febuari 2016 lagi, ia memberikan kelebihan kepada penggunanya menukar smartphone setiap tahun dengan percuma.

Program NewPhone ini terbuka kepada pelanggan baru atau sedia ada di Celcom. Pengguna boleh memiliki smartphone baru tetapi perlulah membuat bayaran ansuran bulanan selama 24 bulan. Selepas 12 bulan iaitu 1 tahun, pengguna boleh menukar telefon baru secara percuma.

Celcom NewPhone ini membenarkan pengguna menukar smartphone sebelum cukup 12 bulan tetapi pengguna perlu membayar wang pendahuluan antara RM 300- RM 1000, bergantung pada pilihan smartphone.

Istilah tukar adalah pengguna perlulah mengembalikan Smartphone lama kepada yang baru dalam keadaan baik sekiranya ingin membuat tukaran cukup 1 tahun penggunaannya.
Jika ingin berhenti melanggan program ini, pengguna perlu membayar harga baki smartphone dan boleh menyimpan telefon tersebut atau memulangkan smartphone tersebut dengan bayaran penalti.

Jenis Smartphone yang ditawarkan

Sebenarnya pilihan smartphone adalah terhad kepada beberapa jenis, namun demikian kebanyakan smartphone yang ditawarkan adalah menjadi pilihan ramai. Ia mungkin berubah setiap tahun, untuk kali ini dibawah adalah jenis Smartphone yang dibekalkan.




Untuk pengetahuan, setiap phone mempunyai bayaran bulanan tersendiri, pastikan anda pergi ke Celcom berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat apa-apa keputusan. Untuk maklumat lanjut, anda dinasihatkan merujuk Laman Promosi Celcom NewPhone.

0 comment... add one now