Semak Saman JPJ Melalui No Plat

Semak Saman JPJ Melalui No Plat, Menurut pertanyaan pelawat melalui email “ admin, bagaimana nak Cek Saman JPJ Melalui No Plat, ada speed trap tapi tak pasti kne saman ke tak “ Sebenarnya banyak juga cara disediakan untuk menyemak saman oleh JPJ, polis. Apa yang difokuskan untuk pertanyaan pelawat ialah bagaimana semak saman JPJ menggunakan no plat.


Ada banyak wersi semakan saman JPJ ini, bagi kami lebih mudah dan mempercayai sistem semakan dari Laman Rasmi JPJ. Oleh kerana pertanyaan lebih fokus kepada saman JPJ dan menggunakan no plat kenderaan, maka kami lebih berminat untuk memberi maklumat bekenaan semakan saman terus di Laman Rasmi JPJ.

Sistem Semak Saman JPJ

Melalui Portal Rasmi JPJ ada option untuk semakan saman JPJ melalui online, apa yang diperlukan ialah no ID dan no plat kenderaan anda. Untuk membuat semakan menggunakan no plat sahaja tidak dapat dibuat untuk sistem online ini kerana ia membenarkan semakan melalui no ID ataupu No id bersama no plat kenderaan. Semakan yang menggunakan no ID dan no kenderaan lebih baik kerana kemungkinan ada saman yang terus melalui no kenderaan akan turut disenaraikan. Jika anda ingin membuat semakan bolehlah membuat semakan di Sistem Semakan Saman JPJ (Maklumat Lanjut )

Cara Cek Saman JPJ Online

Untuk membuat semakan, anda bolehlah mengikut cara yang berikut:
  • Pilih Carian anda, 2 pilihan diberi iaitu semakan melalui ID atau semakan melalui ID dan No plat kenderaan.

  • Pilih Kategori ID anda, Kebiasaanya rayat Malaysia akan memilih “ orang awam Malaysia ( Mykad)”

  • Tuliskan no kenderaan anda
  • Masukkan kod sekurity yang diberi.

  • Klik semak

Sekiranya anda tidak mempunyai saman sistem akan menunjukkan “Tiada Rekod Dijumpai” Jika ada saman anda akan dibekalkan maklumat lanjut saman anda.

Bayar segera Saman Anda


Adalah lebih baik jika anda bertindak segera untuk membayar saman anda. Rekod di JPJ ini mempunyai talian terus dengan pembayaran renew road tax. Jika anda tidak membayar saman yang dikeluarkan kemungkinan anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan anda nanti. Selain itu, mungkin jumlah saman akan bertambah jika anda enggan membayar saman yang ditetapkan pada anda itu. Semoga sedikit maklumat bekenaan sistem online semakan saman JPJ ini bermanfaat untuk anda.

0 comment... add one now