Samsung Galaxy Note 7 Ditamatkan Pengeluaran dan penjualannya.

Riuh di media massa sekitar kemarin mengenai berita telefon yang sensasi di minat orang ramai Samsung Galaxy Note 7 telah ditamatkan jualan dan pengeluarannya. Maklumat ini sebenarnya dari perkongsian rakan dan kami juga merujuk kesasihannya di informasi luar negara. Antara yang menyebut mengenai ini ialah dari WSJ dan bloomberg melaporkan Samsung akan menghenti dan menamatkan peranti Galaxy Note 7 selamanya. Pihak kami pada mulanya tidak mempercayainya tetapi setelah melihat sebaran maklumat dari sumber yang boleh dipercayai membuktikan ianya tidak diragui.



Untuk menyiapkan sesuatu produk seperti note 7 bukanlah memakan belanja yang sedikit, malah ianya melibatkan kos dan masa serta tenaga pakar yang tinggi.
Pastinya ada sebab kenapa pengeluaran dan jualan note 7 ditamatkan, apa maklumat yang kami terima ia berpunca dari peristiwa-peristiwa Samsung Galaxy note 7 ini terbakar dan meletup ketika penggunaanya.




Walaupun sumber ini dari yang boleh dipercayai, ada baiknya jika anda pergi ke kedai berdekatan untuk bertanya ataupun boleh terus ke samsung center berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih dan lebih tepat. – Sumber WSJ

0 comment... add one now