Kegunaan Touch Bar MacBook Pro

Kegunaan Touch Bar Macbook Pro, Teknologi semakin membangun dan setiap hari pasti ada sesuatu yang baru diperkenalkan. Teknologi Touch Bar ini masih baru dalam negara, Pastinya ada yang tertanya apa kegunaan Touch Bar Macbook Pro. Untuk pengetahuan, teknologi ini lebih luar biasa kerana masih jarang jenama lain yang menggunakan teknologi ini. Setakat ini, Apple mengeluarkan model laptop baru mereka iaitu MacBook Pro.


Apa yang menarik, Keluaran MacBook Pro mereka ini mempunyai ciri kelainan tersendiri iaitu Touch Bar. Teknologi Touch Bar ini lokasinya terletak sebelah atas keyboard laptop MacBook Pro. Bentuk fizikalnya flat seperti Touch pad tetapi ia mempunyai paparan butang yang berubah mengikut keseuaian program yang dijalankan ketika itu. Sebagai contoh jika anda menjalankan aktiviti chating Touch Bar akan memaparkan butang smiley, dan shotcut lain. Paparan lain juga akan muncul pada Touch Bar sekiranya menjalankan program Photoshop dan lainnya.

Fungsi Touch Bar ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ia mampu menjimatkan masa penggunanya dari mencari butang selain yang sedia ada pada keyboard. MacBook Pro ini dikeluarkan 2 versi iaitu 13 inci dan 15 inci. Dibawah adalah anggaran harga semasa MacBook Pro.
  •  MacBook Pro 13 Inci = RM 7599, Model 13-inci dengan ruangan storan 256GB ditawarkan pada harga RM7599, sementara dengan 512GB pula ditawarkan pada harga RM8399. Spesifikasi lain adalah serupa untuk model 13-inci, termasuk penggunaan cip Intel Core i5, memori sehingga 8GB, Iris Graphics 550, empat port Thunderbolt 3.
  •  MacBook Pro 15 Inci = RM 10199, model 15-inci pula, versi 256GB ditawarkan pada harga RM10,199 sementara model dengan storan 512GB pula ditawarkan pada harga RM11,999. Penawaran spesifikasi lain adalah termasuk cip Intel Core i7, memori 16GB RAM, kad grafik Radeon Pro 450, dan empat port Thunderbolt 3.

Jika melihat pada harganya cukup ekslusif, sesuai dengan fungsinya yang luar biasa. Sebenarnya keluaran Apple ini bukan terhad kepada kehebatan Touch Barnya tetapi mempunyai kelebihan lain yang membuatkan pembeli berpuas hati dengan wang yang dilaburkan.

Video Preview TouchBar

Bagi yang masih belum gambarkan bagaimana Touchbar berfungsi bolehlah melihat video yang disediakan oleh sumber youtube.

Sebelum membuat apa-apa keputusan membeli, pastikan anda membuat kajian dahulu spesifikasi serta harganya. Selain itu, anda perlu tahu tujuan anda menggunakan laptop. Jika anda menjalan aktiviti yang berat seperti grafik, animasi atau seni audiao atau photografi pastinya anda memerlukan laptop yang berkuasa tinggi.
Sumber : Apple


0 comment... add one now