Digi Perkenal 3 Pakej Baru Postpaid Murah

Perang antara syarikat telekomunikasi semakin sengit dengan masing-masing menawarkan pakej yang murah dan mempunyai tambahan tersendiri. Setiap syarikat telekomunikasi akan cuba menawarkan pelbagai kelebihan supaya pemebeli beralih atau kekal mendapatkan perkhidmatannya. Celcom terkenal dengan pakej-pakej seperti celcom first, umobile, maxis dan kini DIGI pula menawarkan pakej yang agak memuaskan. Apa yang dapat dilihat kali ini ianya lebih murah berdasarkan kemudahan yang diberi apabila pembeli melanggan pakejnya.

Untuk kali ini, lebih menarik apabila DIGI lebih memberi data internet serta menawarkan unlimited call dan sms kepada 2 pakejnya. Ada juga syarikat telekomunikasi lain yang menawarkan unlimited call dan sms. Tetapi tawaran DIGI ini dilihat berbaloi bergantung kepada kehendak pengguna masing-masing.



Pelan Postpaid ( Bill ) yang dimaksudkan ialah Pelan Digi Postpaid 50 menawarkan 10 GB data pada harga RM50 sebulan. Digi Postpaid 80 menawarkan 20 GB data pada harga RM80. Akhir sekali ialah Digi Postpaid 110 menawarkan 40 GB data pada harga RM110.

Untuk pelan DIGI postpaid 50 agak berbeza walaupun mendapat 10 GB internet tetapi hanya mendapat 100minit panggilan percuma sebulan untuk semua rangkaian. Ini juga dilihat berbaloi bagi setengah pengguna berbanding bayaran RM 50 sebulan untuk 10GB internet.

Kesimpulan


Jika ditanya Syarikat telekomunikasi apakah yang paling baik dan murah sebenarnya bergantung kepada keperluan seseorang dan beberapa faktor lain. Dari segi harga memang susah untuk di bandingkan kerana ia sentiasa berubah berdasarkan persaingan yang timbul. Faktor lain pemilihan juga bergantung pada capaian rangkaian di lokasi pembeli, kekerapan gangguan komunikasi dan kualiti kelajuan internet. Pakej-pakej tawaran DIGI ini bergantung kepada terma dan syarat mereka. Kami cadangkan anda terus ke laman Rasmi DIGI untuk maklumat lanjut. – Sumber DIGI

0 comment... add one now