Cara Kenalpasti Galaxy Note 7 Selamat

Samsung Galaxy Note 7 merupakan peranti baru telefon pintar dari samsung yang ekslusif dengan harga 4 angka. Bagi peminat siri Galaxy Note pastinya tidak ingin ketinggalan memilikinya. Baru-baru ini Samsung telah menerima pelbagai kritikan disebabkan oleh beberapa kes telefon pintar yang meletup. Disebabkan oleh itu, Samsung telah memanggil semula sekitar 2.5 juta unit Galaxy Note 7 di seluruh dunia, dan menggantikannya dengan set baharu atau memberikan pilihan kepada pengguna untuk menukar-gantinya dengan wang semula.

Timbul persoalan bagaimana cara untuk kenalpasti Galaxy Note 7 selamat. Maksudnya bagaimana untuk mengenalpasti Samsung Galaxy Note 7 yang telah ditukar atau update terbaru yang mengutamakan ciri keselamatan dari kelemahan sebelum penarikan semulanya. Jika anda ingin membeli telefon bekenaan pastinya anda perlu tahu kerana dibimbangi ada pihak yang mengambil kesempatan menjual model lama kepada anda serterusnya boleh membuatkan anda berisiko apabila menggunakannya.

Terdapat 2 cara bagaimana ingin membezakan model yang baru dan versi kemaskini :

Ikon Bateri Pada skrin

Versi baru berbeza dengan yang lama dari segi ikon bateri pada telefon pintar anda itu, yang terbaru menggunakan ikon berwarna hijau dan yang lama menggunakan ikon putih.

Tanda Hitam Pada Kotak

Satu tanda hitam petak ada pada sebelah no IMEI kotak set baru dan ianya tidak ada pada kotak versi lama sebelumnya.

Untuk pengetahuan, versi baru ini juga mempunyai tempered Glass Screen Protector selain Samsung Screen Protection selama setahun.

Bagi yang masih belum menukar telefon anda perlulah berbuat demikian demi memastikan keselamatan berterusan dalam penggunaan seharian anda.

0 comment... add one now