Cara Hadkan Penggunaan Data Internet Di Desktop

Internet kini mempunyai had Koata masing-maisng bergantung pada jenis pakej yang dilanggan. Penggunaan internet perlu dikawal untuk mengelakkan sebarang kos tambahan atau kelajuan semakin berkurang bila kehabisan koata. Oleh demikian, pengguna perlu tahu cara hadkan penggunaan data internet. Kebiasaanya kita akan dapat secara percuma atau mudah mengenalpasti aplikasi yang mengawal data internet ini di telefon pintar melalui Google Play. Bagaimana pula dengan aplikasi di desktop? Untuk aplikasi di desktop kami cadangkan anda menggunakan Networx.


Networx ini dilihat bagus kerana ia memaparkan penggunaan data serta statistik-statistik penting sejarah semasa atau sebelum penggunaan data kita. Selain itu ia mempunyai fungsi tetapan kadar koata internet yang kita mahukan. Apabila sampai pada ketetapan tersebut, stu peringatan akan diberikan atau ia automatik memutus atau memperlahankan penggunaan internet.


Fungsi ini dilihat baik kerana ia mampu memberikan gambaran kepada pengguna penggunaan internet mereka serta memperingatkan kehabisan koata. Selain itu, ia juga boleh memotong penggunaan internet berlebihan akibat dari aplikasi yang secara sembunyi menggunakan data internet anda.


Sebenarnya banyak lagi fungsi positif penggunaan Networx ini, jika anda berminat bolehlah muatturun perisian ini.

0 comment... add one now