Bajet 2017, Internet Lebih Laju Dengan Harga Sama

Terbaru Bajet 2017 telah diumumkan dan paling menarik dikupas ialah berkaitan kelajuan internet. Kelajuan internet ini memang selalu dibincangkan di media massa. Kelajuan internet di Malaysia adalah perlahan di banyak tempat dan ada antaranya memberi pendapat tidak berbaloi dengan harga langganan bulanan.

Perbandingan kelajuan internet 

Sesuai dengan saranan kerajaan supaya ekonomi perniagaan online terus berkembang 2017 meningkatkan kadar kelajuan internet dilihat bertepatan supaya segala kerja online dapat dilakukan dengan lancar dan cepat.

Apa yang menarik menerusi pengumuman Bajet 2017 mengenaik kelajuan internet ini ialah dari segi harganya tidak bertambah. Maksudnya kelajuan setiap perkhidmatan akan ditingkatkan tetapi pengguna tidak perlu menambah bayaran langganan bulanan mereka. Sebagai contoh, pelanggan 5mbps pada hari ini akan menerima kelajuan 10Mbps bermula Januari 2017 tetapi pada harga langganan sama RM149.

Selain itu juga, pelbagai pakej langganan data akan dipertingkatkan kepada dua kali ganda kelajuan, tetapi pada penurunan harga sehingga 50%. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia juga akan menyediakan RM1 bilion untuk mempertingkatkan liputan internet dan menawarkan kualiti jalur-lebar sehingga 20 megabit sesaat di seluruh negara.


Sebagai pengguna Internet pastinya tertunggu perlaksanaannya.  Pengguna Internet Malaysia juga akan sentiasa mengharapkan kelajuan internet di Malaysia dipertingkatkan dan harga terus diturunkan demi memudahkan urusan pengguna serta meningkatkan lagi pendapatan bagi peniaga online.

1 comment... add one now

addy sanin addy sanin October 25, 2016
da lama menunggu.akhirnya