Tips Membeli Telefon Pintar

Banyak pilihan untuk kita miliki telefon pintar ini, ada yang membelinya baru dari kedai dan ada yang membeli telefon terpakai. Untuk membeli seharusnya anda tahu tips membeli telefon pintar supaya anda tidak tertipu sehingga merugikan anda. Membeli telefon baru mungkin tidak membimbangkan kerana ia mempunyai jaminan 1-5 tahun. Ia jadi berisiko jika membeli telefon terpakai.



Telefon terpakai mempunyai sebab tersendiri jika ingin dijual, boleh jadi sebabnya baik dan buruk. Ada banyak alasan orang menjual telefon ini, sebab yang paling biasa ialah telefon tersebut ada masalah, namun demikian ada alasan lain seperti ingin bertukar ke keluaran baru atau masalah kewangan.

Oleh demikian, anda perlu tahu bagaimana melihat dan menilai telefon pintar yang baik untuk dibeli.

Kenalpasti Kerosakan Masalah Air

Bukan mudah juga untuk menjaga telefon, sifatnya yang kecil dan selalu dibawa kemana-mana pastinya boleh terjatuh ke dalam air atau terkena air. Paling popular ia dibasuh bersama seluar di dalam mesin basuh. Ada cara untuk memperbaiki telefon yang dimasuki air. Mungkin juga telefon ini akan dijual semula. Jadi bagaimana mengenalpasti telefon yang pernah dimasuki air ini? Cuba anda perhatikan di dalam cover atau kawasan berhampiran bateri telefon, akan ada satu seperti pelekat berwarna putih. Jika pelekat itu bertukar warna merah bermakna telefon tersebut pernah dimasuki air.

Keadaan fizikal telefon

Keadaan fizikal memang penting, kecacatan biasa akan nampak pada keretakan skrin. Selain itu anda juga perlu memerhatikan lubang port telefon tersebut adakah sempurna atau sebaliknya.

Cuba kefungsian telefon tersebut

Anda juga perlu mencuba kefungsian telefon tersebut. Kefungsian telefon yang penting seperti bunyi, kejelasan warna, kefungsian panggilan, SMS dan kefungsian internet dan ciri-ciri istimewa telefon tersebut perlu disemak.

Semak sensor telefon tersebut

Dalam telefon sebenarnya mempunyai sensor tersendiri seperti  keseimbangan, bunyi, display, getaran, dan banyak lagi. Semakin canggih telefon maka makin banyaklah sensornya. Setiap sensor perlu di semak samaada berfungsi dengan baik atau tidak. Untuk menguji sensor biasanya dengan menekan *#0*# . Juga ia terdapat pada setting dan untuk Blackberry pula terdapat fungsi Blackberry Virtual Expert.


Semoga pembelian anda berbaloi dengan jumlah bayaran yang anda lakukan. Perlu anda tahu, tidak semestinya barang yang anda beli akan sentiasa bagus kadangkala kerosakan akan muncul bila anda lama menggunakannya.

0 comment... add one now